Monday, 27 June 2016

3 Tips Beli Stroller Murah dan Ringan

Kali ini saya nak berikan tips berkenaan dengan Stroller murah dan ringan yang anda boleh dapatkan di pasaran Malaysia secara online. Ya, secara online dan pastinya banyak pilihan yang anda boleh dapatkan secara online berbanding dengan jika anda membeli di kedai-kedai biasa. Pembelian stroller secara online pastinya memudahkan anda, banyak pilihan dan anda boleh lihat rating daripada pembeli berkenaan dengan barangan yang telahpun di beli.

stroller-murah2

Bila nak gunakan stroller ini?

Anda boleh gunakan stroller ini untuk pelbagai tujuan dan paling penting sekali adalah untuk bawa anak bersiar-siar di taman. Atau anda boleh gunakan untuk membawa anak anda berjalan di shopping mall. Maklumlah, penat kalau nak dukung lama-lama ni, jadi kalau ada stroller ini memanglah memudahkan. Senang nak berjalan ke mana-mana dan yang paling penting sekali adalah anda boleh wariskan stroller ini kepada anak-anak yang lain ataupun jual semula bila sudah tidak digunakan.

Jadi, memang tak rugi pun kalau nak beli satu. Memang berguna kalau ada stroller ini dan senang kalau nak dibawa ke mana-mana. Sekarang ini pun sudah ada banyak pilihan stroller murah dan ringan yang sesuai untuk anda bawa ke mana-mana. Saya tahu ramai yang mencari stroller jenis ini, jadi artikel pada kali ini memang saya berikan tips untuk membeli stroller yang murah dan ringan untuk kegunaan anda.

Tips Memilih Stroller Murah dan Ringan

#1 Survey harga daripada banyak kedai

Ini adalah tips yang paling penting sekali iaitu survey harga daripada banyak kedai. Untuk buat perkara ini, anda perlukan masa dan waktu yang panjang. Untuk survey harga daripada banyak kedai, anda perlu pergi ke banyak shopping mall, dan kedai-kedai baby untuk melihat sendiri harga stroller yang ditawarkan. Leceh, ya saya tahu. Jadi, artikel pada kali ini saya nak cadangkan kepada untuk lihat sahaja secara online, banding sahaja secara online di laman web popular di Malaysia iaitu Lazada.

Lazada merupakan satu tempat yang menghimpunkan ramai penjual-penjual. Jadi memang anda boleh terus memilih yang terbaik daripada Lazada. Pernah saya lihat stroller yang berharga RM300 di AEON Jusco, tetapi di Lazada ianya cuma berharga RM230 sahaja. Perbezaan harga yang agak ketara. Jadi, boleh banding harga siap-siap di Lazada.

#2 Cari kedai yang mempunyai banyak pilihan stroller

Paling baik adalah anda pergi ke kedai yang ada banyak pilihan stroller di sana. Dengan adanya banyak pilihan stroller akan memudahkan anda untuk memilih dan membanding harga. Sekali lagi Lazada mempunyai banyak pilihan stroller dengan bermacam harga dan jenama untuk anda pilih. Kerana ianya merupakan satu kedai online, Lazada tidak perlu menyimpan stok seperti kedai biasa dan ianya memberikan kelebihan kepada pengguna untuk memilih yang terbaik.

#3 Pilih stroller murah dan ringan daripada jenama berkualiti

Faktor jenama memang memainkan peranan yang besar dalam pemilihan stroller yang berkualiti. Terutama jika anda ingin gunakan stroller tersebut untuk satu jangkamasa yang lama dan bakal diwariskan kepada anak-anak yang lain. Memang faktor jenama memainkan peranan yang besar. Antara jenama yang berkualiti adalah Sweet Cherry, My Dear, Quinny dan lain-lain. Kalau anda ada jenama lain yang diyakini pun boleh ditambah dalam senarai.

#4 Pilih Stroller dengan design seperti ini

stroller sweet cherry murah

Stroller dengan design seperti ini bukan sahaja murah, tetapi ringan. Untuk memudahkan anda, saya telah senaraikan 3 stroller terbaik daripada pelbagai jenama.

  1. Sweet Cherry BebeGlow Stroller Blue
  2. Sweet Cherry Malaga Stroller Red 
  3. Sweet Cherry Malaga Jogger Stroller Blue

Ini adalah antara stroller murah dan ringan yang saya telah senaraikan untuk anda. Apapun, anda boleh pilih jenama dan model lain kalau anda mahu. Memang banyak pilihan stroller yang ada dengan harga yang sangat bagus untuk anda pilih. Jadi, buat pilihan yang bijak dan pilihlah yang terbaik berdasarkan kepada bajet dan kemampuan anda.

Boleh tengok dulu video di bawah untuk demo stroller dari Sweet Cherry ini

Stroller Berkualiti Pilihan Ibu Bapa Bijak

Inilah sedikit sebanyak tips yang saya ingin sharekan kepada anda dalam pemilihan stroller berkualiti, murah dan ringan. Yang pastinya dengan bajet kurang daripada RM200, anda sudah boleh memiliki stroller yang berkualiti seperti ini. Buat pilihan yang bijak untuk dapatkan harga yang terbaik.

The post 3 Tips Beli Stroller Murah dan Ringan appeared first on Sensistop Beauty.



from Sensistop Beauty http://bit.ly/28XtiZu

No comments:

Post a Comment