Kali ini saya nak berikan tips untuk cara menaikkan tekanan darah rendah. Sebenarnya ramai yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, tetapi lebih ramai yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi(link). Banyak faktor yang menyebabkan kesemua ini terjadi antaranya adalah faktor keturunan, faktor pemakanan dan lain-lain lagi. Jadi, artikel pada kali ini, saya nak berikan anda tips untuk naikkan tekanan darah rendah agar kembali normal.
Macam mana nak periksa Tekanan Darah Normal atau Rendah
Macam mana nak tahu sesuatu tekanan darah itu adalah normal ataupun rendah. Saya sarankan untuk anda baca artikel saya berkenaan dengan tekanan darah, anda boleh dapat info tentang bacaan tekanan darah normal atau rendah di situ.
Boleh tengok video di bawah untuk simpton tekanan darah rendah
Cara naikkan tekanan darah rendah kembali normal
#1 Monitoring tekanan darah kita setiap hari
Monitoring memang merupakan sesuatu yang penting untuk melihat tekanan darah kita sama ada normal atau tidak. Bagi saya, inilah yang paling penting sekali iaitu, jika anda disahkan oleh doktor yang anda mempunyai tekanan darah yang tinggi atau rendah, apa yang anda perlu lakukan selepas itu adalah monitor perjalanan tekanan darah anda setiap hari. Ya, setiap hari! Anda boleh dapatkan alat pengukur tekanan darah INI bagi membantu anda monitor perjalanan tekanan darah anda.
Bagi individu-individu yang mempunyai tekanan darah tidak stabil atau yang pernah mempunyai sejarah hypertension (darah tinggi) mahupun darah rendah, mempunyai alat pengukur tekanan darah ini lebih memudahkan anda untuk memantau tahap tekanan darah anda dari semasa ke semasa.
Bagi kebanyakan pesakit yang terpaksa berulang alik ke hospital dan klinik untuk memantau tekanan darah, pasti agak kurang menyenangkan bagi sesetengah individu. Jadi memang lebih mudah kalau anda ada alat ini dan boleh cek sendiri tekanan darah anda dari rumah.
#2 Air Masak
Menurut kajian, meminum air masak sehingga 8 atau 10 gelas sehari mampu membantu untuk mengembalikan tekanan darah kepada normal. Jadi amalkan selalu minum air masak ini.
#3 Kopi
Minum kopi dapat membantu meningkatkan degupan jantung dan seterusnya meningkatkan tekanan darah. Boleh amalkan setiap hari, tetapi ingat, kalau boleh elakkan minuman kopi 3 in 1 kerana boleh mendatang banyak mudarat lainnya terutama penyakit berkaitan dengan buah pinggang.
#4 Bayam
Banyakkan memakan bayam dapat membantu mengatasi masalah tekanan darah rendah. Bayam antara sayur yang kami rekemen untuk anda ambil bagi mengatasi masalah tekanan darah rendah yang melanda.
#5 Hati Ayam
Petua orang dulu-dulu memang ada cakap yang hati ayam bagus untuk mebgubati penyakit tekanan darah rendah. Apapun boleh cuba.
#6 Garam
Pengambilan garam dengan kuantiti yang betul mampu membantu anda untuk mengubati penyakit tekanan darah rendah. Tetapi jangan terlalu banyak kerana takut mudarat lainnya.
Anda Kekal Sihat Sepanjang Hari
Apapun, ini adalah antara beberapa tips penting untuk membantu anda yang mengalami masalah tekanan darah rendah. Saya nak tekankan di sini, monitoring adalah sangat penting untuk melihat perkembangan tekanan darah anda. Misalkata lepas anda meminum kopi, anda boleh terus periksa tekanan darah anda sama ada menaik atau menurun. Sebab tu saya memang galakkan anda mempunyai satu alat pengukur tekanan darah dan ianya memang membantu. Berikut adalah tips untuk cara naikkan tekanan darah rendah, harap membantu anda.
The post Cara naikkan tekanan darah rendah appeared first on Sensistop Beauty.
from Sensistop Beauty http://bit.ly/1XjjNbR