Kali ini saya nak kongsikan 5 cara merawat darah tinggi yang insyaAllah andda akan lihat keberkesanannya dalam masa beberapa bulan yang akan datang.Tetapi diingatkan yang, untuk mengembalikan tekanan darah untuk kembali normal, apa yang anda perlu buat adalah disiplin dan kesanggupan anda untuk tinggalkan beberapa habit buruk anda sebelum ini. Juga, konsisten untuk monitor tekanan darah anda setiap hari, ya setiap hari, paling tidak pun 2 hari sekali. Dengan itu, anda dapat melihat tekanan darah anda dari semasa ke semasa.
Bacaan Normal Tekanan Darah
Penting untuk anda tahu asas berkenaan dengan tekanan darah. Tekanan sistolik dan diastolik yang mana boleh dikatakan normal atau tinggi. Saya ada tulis berkenaan dengan perkara ini di bacaan normal dan tinggi dalam tekanan darah. Saya sarankan anda baca dulu artikel tersebut dan ambil manfaat berkenaan dengan bacaan dalam tekanan darah. Benda ini adalah perkara yang paling basic untuk ke step seterusnya dalam tekanan darah.
5 Cara Merawat Darah Tinggi
#1 Monitor Tekanan Darah Anda setiap hari
Bagi saya, inilah yang paling penting sekali iaitu, jika anda disahkan oleh doktor yang anda mempunyai tekanan darah yang tinggi atau rendah, apa yang anda perlu lakukan selepas itu adalah monitor perjalanan tekanan darah anda setiap hari. Ya, setiap hari! Anda boleh dapatkan alat pengukur tekanan darah INI bagi membantu anda monitor perjalanan tekanan darah anda.
Bagi individu-individu yang mempunyai tekanan darah tidak stabil atau yang pernah mempunyai sejarah hypertension (darah tinggi) mahupun darah rendah, mempunyai alat pengukur tekanan darah ini lebih memudahkan anda untuk memantau tahap tekanan darah anda dari semasa ke semasa.
Bagi kebanyakan pesakit yang terpaksa berulang alik ke hospital dan klinik untuk memantau tekanan darah, pasti agak kurang menyenangkan bagi sesetengah individu. Jadi memang lebih mudah kalau anda ada alat ini dan boleh cek sendiri tekanan darah anda dari rumah.
#2 Jaga pemakanan anda
Ni adalah faktor kedua terpenting. Pastinya, jika anda disahkan mengidap darah tinggi, perkara kedua penting adalah cuba merubah pola pemakanan anda. Jika anda memang suka memakan makanan snek, makanan rapu, atau makanan berlemak, meminum alkohol,cuba hentikan perlahan-lahan. Sebagai alternatif, cuba memakan makanan seperti bijian, sayur, susu rendah lemak dan lain-lain lagi. Juga, kurangkan makanan yang mempunyai garam atau bahan perasa yang tinggi.
Kalau anda masak sendiri di rumah, kurangkan garam dalam makanan ye. Memang menjaga pemakanan anda adalah salah satu aspek penting sebagai cara menurunkan tekanan darah tinggi.
#3 Hentikan Tabit Merokok Terus
Memang tidak dinafikan, jika anda mempunyai tabiat merokok, cuba untuk berhenti secara perlahan-lahan atau hentikan terus. Saya tidak dapat memberikan tips untuk berhenti merokok pada artikel ini. Tetapi jika anda seorang perokok dan ingin berhenti merokok, boleh lihat ebook ini untuk panduan dan cara berhenti merokok.
#4 Supplimen Shaklee untuk darah tinggi
Shaklee adalah antara salah satu produk kesihatan yang baik di Malaysia. Saya amat menyarankan anda untuk membeli set darah tinggi daripada produk Shaklee. Tidak susah untuk mendapatkan satu set lengkap. Ada banyak testimoni yang menunjukkan produk daripada Shaklee ini memberikan impak kepada tekanan darah mereka. Jadi memang tidak salah untuk anda cuba sendiri produk Shaklee ini. Shaklee untuk darah tinggi ini terdiri daripada Garlic Complex, Omega Guard, ESP, dan CoQ Health. Kesemua ini memang baik untuk darah tinggi. Detail berkenaan dengan Set Shaklee Darah Tinggi di SINI. Set ini adalah antara tips terbaik untuk cara merawat darah tinggi.
#5 Kurangkan Stress anda dan sentiasa tersenyum
Stress adalah antara penyebab berlakunya darah tinggi. Kebanyakan guru-guru di sekolah mempunyai tekanan darah yang tinggi dan ada juga dikalangan doktor yang mempunyai tekanan darah yang tinggi. Jadi, memang anda perlu mencari alternatif untuk mengurangkan stress di tempat kerja. Juga punca stress yang lain, cuba minimumkan stress dan sentiasa ambil nafas dalam-dalam untuk mengimbangi stress anda. Banyakkan bersukan, luangkan masa bersama keluarga, dan bagi yang beraga islam atau beragama lain, banyakkan mendekatkan diri kepada tuhan untuk menghilangkan stress anda.
Kekalkan Momentum dan Disiplin, Anda Mampu Melakukannya
Kalau anda amalkan tips yang saya berikan ini, insyaAllah anda akan lihat hasilnya dari masa ke semasa. Yang paling penting adalah disiplin untuk anda kekalkan momentum dan track tekanan darah anda dari semasa ke semasa. Ada yang telah melakukannya dan saya yakin anda juga mampu melakukannya.
The post 5 Cara Merawat Darah Tinggi Berkesan appeared first on Sensistop Beauty.
from Sensistop Beauty http://bit.ly/1ToqVOp
No comments:
Post a Comment