Kali ini saya nak berikan 5 petua turunkan darah tinggi secara berkesan. Kalau anda amalkan, insyaAllah akan nampak keberkesanan dalam masa beberapa bulan. Tetapi diingatkan, anda memang patut amalkan dengan sebaiknya terutama monitoring tekanan darah anda paling kurang 2 kali sehari dan tips #2 yang saya akan berikan nanti. Keberkesanan ini bergantung kepada kemahuan anda untuk tinggalkan habit anda terutama berkaitan dengan pemakanan.
Bacaan Normal Tekanan Darah Tinggi
Penting untuk anda tahu bacaan normal tekanan darah, juga bacaan tekanan darah rendah dan bacaan tekanan darah tinggi. Apa itu tekanan sistolik, diastolik yang norma dan tinggi semua saya ada tulis dalam artikel bacaan tekanan darah yang anda kena tahu. Saya sarankan untuk anda baca artikel tersebut sebelum saya berikan tips untuk petua hilangkan darah tinggi.
Petua Turunkan Darah Tinggi Berkesan
#1 Monitor Tekanan Darah Anda setiap hari
Bagi saya, inilah yang paling penting sekali iaitu, jika anda disahkan oleh doktor yang anda mempunyai tekanan darah yang tinggi atau rendah, apa yang anda perlu lakukan selepas itu adalah monitor perjalanan tekanan darah anda setiap hari. Ya, setiap hari! Anda boleh dapatkan alat pengukur tekanan darah INI bagi membantu anda monitor perjalanan tekanan darah anda.
Bagi individu-individu yang mempunyai tekanan darah tidak stabil atau yang pernah mempunyai sejarah hypertension (darah tinggi) mahupun darah rendah, mempunyai alat pengukur tekanan darah ini lebih memudahkan anda untuk memantau tahap tekanan darah anda dari semasa ke semasa.
Bagi kebanyakan pesakit yang terpaksa berulang alik ke hospital dan klinik untuk memantau tekanan darah, pasti agak kurang menyenangkan bagi sesetengah individu. Jadi memang lebih mudah kalau anda ada alat ini dan boleh cek sendiri tekanan darah anda dari rumah.
#2 Jaga pemakanan anda
Ni adalah faktor kedua terpenting. Pastinya, jika anda disahkan mengidap darah tinggi, perkara kedua penting adalah cuba merubah pola pemakanan anda. Jika anda memang suka memakan makanan snek, makanan rapu, atau makanan berlemak, meminum alkohol,cuba hentikan perlahan-lahan. Sebagai alternatif, cuba memakan makanan seperti bijian, sayur, susu rendah lemak dan lain-lain lagi. Juga, kurangkan makanan yang mempunyai garam atau bahan perasa yang tinggi.
Kalau anda masak sendiri di rumah, kurangkan garam dalam makanan ye. Memang menjaga pemakanan anda adalah salah satu aspek penting sebagai cara menurunkan tekanan darah tinggi.
#3 Hentikan Tabit Merokok Terus
Memang tidak dinafikan, jika anda mempunyai tabiat merokok, cuba untuk berhenti secara perlahan-lahan atau hentikan terus. Saya tidak dapat memberikan tips untuk berhenti merokok pada artikel ini. Tetapi jika anda seorang perokok dan ingin berhenti merokok, boleh lihat ebook ini untuk panduan dan cara berhenti merokok.
#4 Supplimen Shaklee untuk darah tinggi
Shaklee adalah antara salah satu produk kesihatan yang baik di Malaysia. Saya amat menyarankan anda untuk membeli set darah tinggi daripada produk Shaklee. Tidak susah untuk mendapatkan satu set lengkap. Ada banyak testimoni yang menunjukkan produk daripada Shaklee ini memberikan impak kepada tekanan darah mereka. Jadi memang tidak salah untuk anda cuba sendiri produk Shaklee ini. Shaklee untuk darah tinggi ini terdiri daripada Garlic Complex, Omega Guard, ESP, dan CoQ Health. Kesemua ini memang baik untuk darah tinggi. Detail berkenaan dengan Set Shaklee Darah Tinggi di SINI.
#5 Kurangkan Stress anda dan sentiasa tersenyum
Stress adalah antara penyebab berlakunya darah tinggi. Kebanyakan guru-guru di sekolah mempunyai tekanan darah yang tinggi dan ada juga dikalangan doktor yang mempunyai tekanan darah yang tinggi. Jadi, memang anda perlu mencari alternatif untuk mengurangkan stress di tempat kerja. Juga punca stress yang lain, cuba minimumkan stress dan sentiasa ambil nafas dalam-dalam untuk mengimbangi stress anda. Banyakkan bersukan, luangkan masa bersama keluarga, dan bagi yang beraga islam atau beragama lain, banyakkan mendekatkan diri kepada tuhan untuk menghilangkan stress anda.
Disiplin Penting Untuk Turunkan Tekanan Darah Anda
Kalau anda amalkan semua tips yang saya katakan ini, insyaAllah anda akan lihat improvement dari semasa ke semasa. 5 petua turunkan darah tinggi ini pastinya akan membantu anda untuk mengembalikan tekanan darah anda untuk kembali normal. Monitoring pun satu aspek yang penting, saya nak tekankan sekali lagi di sini yang ramai yang apabila disahkan mengidap darah tinggi ini, tetapi tidak lakukan monitoring dari masa ke semasa. Hasilnya, darah meningkat naik secara mendadak pun tidak tahu, apabila tekanan darah dah naik terlalu tinggi, dah makin susah untuk ubati. Jadi memang mencegah tu lebih baik daripada merawat. Apapun anda boleh dapatkan alat pengukur tekanan darah di SINI.
Ada banyak lagi tips lain sebagai petua untuk hilangkan tekanan darah tinggi, tetapi cukuplah sampai di sini dahulu.
The post 5 Petua Turunkan Darah Tinggi Berkesan appeared first on Sensistop Beauty.
from Sensistop Beauty http://bit.ly/24gMCLq
No comments:
Post a Comment