Saturday, 3 September 2016

Bahaya dan cara pencegahan virus zika

Kali ini saya nak berikan info berkenaan dengan bahaya dan cara pencegahan virus Zika yang anda patut tahu. Virus Zika ini kini makin menular di Malaysia dan setakat ini telah dilaporkan beberapa kes berkenaan dengan virus Zika. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan bilangan kes Virus Zika, boleh rujuk artikel INI untuk maklumat lanjut.

Saya juga cadangkan anda ikuti perkembangan Virus Zika ini di Facebook kementerian kesihatan di SINI.

Berikut adalah beberapa item yang anda perlu tahu berkenaan dengan beberapa fakta penting mengenai Virus Zika.

Apa itu virus Zika? Berikut adalah beberapa fakta penting yang perlu anda tahu berkenaan dengan virus zika ini;

1. Ianya dikesan pertama kali menular di kawasan Amerika Latin seperti Brazil, Colombia dan beberapa negara lain. Terkini, penularan virus ini telah sampai ke Singapura dan Malaysia.
2. Ianya disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan nyamuk yang sama untuk penularan penyakit demam denggi. Ianya sangat berbahaya untuk ibu mengandung di mana virus ini juga akan menjangkiti anak di dalam kandungan dan mewujudkan simtom otak kecil atau ‘mikrosefali’.
3. Antara simptom paling biasa adalah demam, pening, ruam dan sakit belakang.
4. Nyamuk Aedes adalah agen utama yang menyebabkan kepada penularan Virus Zika. Ianya aktif pada waktu pagi dan senja. Jadi, elakkan untuk berada di luar rumah pada waktu-waktu ini untuk mengelak penularan virus Zika.

Tips-tips mencegah daripada Virus Zika

Ada banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada penularan virus ini dari merebak dan menjangkiti anda. Apa yang anda boleh lakukan adalah pencegahan di rumah anda sendiri. Ianya lebih efektif dan berkesan.

virus Zika Infografik

Antara yang anda boleh lakukan adalah;

1 Buang air yang bertakung yang ada di sektar rumah. Terutama dalam pasu-pasu, bekas tayar dan botol-botol kosong.
2 Tutup semua tadahan air dan gunakan ubat jentik-jentik.
3 Gunakan mosquito repellent untuk menghalau nyamuk. Saya rekemen anda dapatkan Mosquito Repellent di SINI
4 Gunakan langsir yang telah dirawat untuk diletak di tingkap-tingkap untuk mengelak daripada nyamuk masuk ke dalam rumah. Boleh lihat SINI untuk langsir yang dicadangkan.
5 Gunakan ubat nyamuk elektronik untuk mengelak anda terkena gigitan nyamuk semasa tidur. Lebih baik untuk anda pasangkan ubat nyamuk ini pada waktu pagi dan senja terutama semasa nyamuk Aedes sedang aktif.
6 Tidur di tempat yang ada kelambu lebih baik. Lebih kritikal kepada bayi anda. Kalau boleh setiap kali ingin tidur, sentiasa gunakan kelambu baby INI kepada bayi. Lagilah kalau bayi anda kerap tidur di waktu senja dan awal pagi. Memang perlu sangat kelambu ini untuk faktor keselamatan.
7 Terakhir, pastikan keadaan sampah dalam keadaan yang baik dan teratur. Sentiasa jaga kebersihan rumah.

Yang lebih penting adalah pencegahan daripada Virus Zika

Kalau nak ikutkan, virus Zika ini memang berbahaya dan setakat ini tiada vaksin atau cara merawat yang betul-betul berkesan untuk merawat Virus Zika ini. Kalau nak ikutkan, cara terbaik adalah dengan pencegahan yang berterusan. Boleh ikut beberapa tips yang saya cadangkan di atas untuk langkah pencegahan yang berterusan daripada diserang Virus Zika.

Mencegah lebih penting daripada merawat. Pencegahan dari awal memang membantu untuk mengelak Virus Zika daripada terus merebak.

The post Bahaya dan cara pencegahan virus zika appeared first on Sensistop Beauty.



from Sensistop Beauty http://bit.ly/2chrBYY

No comments:

Post a Comment