Friday, 9 September 2016

Tips Ibu Mengandung Elak Virus Zika – Kes Ke 3 di Malaysia

Laporan terbaru daripada kementerian kesihatan adalah berkenaan dengan wanita yang mengandung pertama yang disahkan terkena virus Zika. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kes ini, saya saranakan untuk anda lihat di laman INI.

Apabila sudah ada kes virus Zika di Malaysia yang melibatkan ibu mengandung, jadi memang kena ambil perhatian lebih serious. Terutama ibu yang sedang mengandung. Langkah-langkah pencegahan memang perlu dan perlu dilakukan lebih serious bagi mengelak dariapada terkena serangan virus. Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan langkah-langkah pencegahan amatlah perlu. Saya cadangkan untuk anda lihat artikel saya yang lepas sebagai salah satu langkah pencegahan terbaik bagi mengelak penularan virus Zika. Anda boleh lihat artikel tersebut di SINI.

Info penting dan fatwa berkenaan dengan virus Zika. Apakah dibolehkan untuk menggugurkan kandungan bagi mereka yang dijangkiti dengan virus Zika?

Mahu ataupun tidak, ianya merupakan satu perbincangan yang dibincangkan secara serious di kalangan ulama di Malaysia mahupun didunia. Setelah perbincangan, pihak majlis fatwa telah menetapkan, jika bayi di dalam kandungan belum berusia 120 hari, maka dibolehkan untuk digugurkan. Tetapi, jika bayi di dalam kandungan sudah berusia 120 hari, makanya tidak boleh untuk digugurkan kandungan.

DIBOLEHKAN bagi janin yang belum mencapai 120 hari (4 bulan) setelah disahkan implikasinya kepada wanita berkenaan atau kecacatan kepada janin berkenaan.

Manakala, bagi yang sudah mencapai 120 hari, ia TIDAK DIBOLEHKAN kecuali jika kehamilan itu berterusan mengundang masalah kepada kesihatan dan bahaya kepada kehidupan wanita berkenaan

Sumber : Laman Web Wilayah persekutuan.

Langkah Pencegahan Adalah Perkara yang paling dititikberatkan

Apapun, langkah-langkah pencegahan adalah perkara yang sepatutnya anda ambil kira. Ianya adalah perkara terpenting dalam mengelak virus Zika daripada terus berleluasa. Ianya akan jauh lebih serious kepada ibu mengandung. Jika anda sedang mengandung, elakkan berada di luar rumah atau melakukan aktiviti fizikal pada waktu maghrib ataupun subuh kerana pada waktu itulah nyamuk pembawa Zika ini sedang aktif. Kalau ada kelambu lagi bagus, kalau tak ada boleh tengok di SINI. Juga alatan lain seperti penghalau nyamuk INI.

Lakukan pencegahan dari awal untuk mengelak daripada virus Zika ini melarut secara berterusan.

Artikel berkaitan:

  1. Persediaan sebelum mehirkan anak, perbandingan 5 set bersalin terbaik.

The post Tips Ibu Mengandung Elak Virus Zika – Kes Ke 3 di Malaysia appeared first on Sensistop Beauty.



from Sensistop Beauty http://bit.ly/2cdJoQs

No comments:

Post a Comment