Kali ini saya nak berikan review berkenaan dengan set bersalin vasia ataupun set berpantang vasia yang pada saya sedang meningkat naik. Set ini pun tidak kurang hebatnya dan setara dengan nama-nama set bersalin lain yang ada di Malaysia. Harganya yang murah iaitu di bawah RM200 memang menjadi pilihan dan pada saya boleh dipertimbangkan terutama kalau bajet untuk set bersalin anda adalah di bawah RM200.
Pada kali ini, saya nak berikan beberapa info penting berkenaan dengan set bersalin dan berpantang Vasia ini dan beberapa khasiat yang anda perlu tahu berkenaan dengan set bersalin ini. Kalau misalkata anda sedang survey-survey set bersalin apa yang anda nak gunakan dan sedang membaca testimoni set Vasia ini, memang saya galakkan untuk membeli. Produk Vasia ini memang bagus dan sesuai untuk mereka yang sedang dalam bajet dan yang paling penting sekali adalah 100% keluaran bumiputra.
Di mana nak dapatkan set bersalin Vasia Ini?
Yang paling penting sekali adalah, di mana nak dapatkan set bersalin ini di pasaran? Ada banyak tempat yang anda boleh pergi untuk dapatkan set ini di pasaran, antara yang biasa yang anda boleh pergi adalah kedai jamu. Ya, banyak kedai jamu sekarang, tetapi untuk dapatkan set ini, anda perlu ke kedai jamu yang besar-besar kerana kedai jamu yang kecil-kecil biasanya tiada stock.
Satu lagi cara untuk anda dapatkan set bersalin & berpantang Vasia ini adalah anda boleh dapatkan secara online sahaja. Banyak yang menjual set bersalin ini secara online, dan kalau anda nak dapatkan set ini, belilah daripada penjual yang dipercayai. Saya sarankan anda membeli set bersalin ini di Lazada kerana sememangnya, Lazada lebih dipercayai dan merupakan satu jenama set bersalin yang sedang meningkat naik di Malaysia sekarang ini.
Nak tahu harga dan barangan yang ditawarkan di Lazada untuk set berpantang Vasia ini, boleh ke SINI. Harga yang ditawarkan pun memang kompetatif dan menarik.
Apa yang anda dapat dengan membeli produk Vasia ini?
Yang paling penting sekali adalah apa yang anda akan dapat dengan pembelian produk Vasia ini? Anda akan mendapat 9 barangan asas yang mempunyai pelbagai fungsi yang menarik. 9 barang itu adalah;
#1 Jus Jamu Moden Ladies Collagen
Amalkan setiap padi dan malam
Sesuai untuk kesihatan luaran dan dalaman selepas bersalin
#2 Losyen Herba Cantik Semula
Gunakan sebelum memakai barut
Sapukan pada permukaan yang dikehendaki terutama bahagian stretch mark.
#3 Losyen Herba Sejuk Dingin
Gunakan produk ini selepas menggunakan produk losyen herba cantik semula
Sapu pada bahagian permukaan yang dikehendaki secara perlahan-lahan.
#4 Minyak herba ibu dan anak
Sapukan pada bahagian belakang badan, kaki, betis dan lutut bayi untuk memberikan kelegaan kepada bayi. Ianya sangat bagus dan alternatif terbaik kepada minyai yuyie.
#5 Sabun Pencerah Harum Gebu
Buihkan sabun ke seluruh badan
Biarkan dan bilas ketika mandi
#6 Pembersih Wanita Sireh Manjakani
Tujuan untuk membersihkan bahagian intim anda
Titiskan di tapak tangan dan ratakan pada bahagian intim anda
#7 Rendaman Mahkota
Rendaman mahkota ke dalam air panas atau air suam
Rendamkan ke dalam 1 liter air dan biarkan selama 15 minit sebelum digunakan
#8 & #9 Tungku Moden & Sarung Berherba
Lipatkan pada bahagian kiri dan kanan tungku moden sehingga bercantum dan masukkan dalam sarung berherba.
Isikan tungku ke dalam air panas dan masukkan ke dalam bahagian yang dikehendaku
#10 Barut moden si comel
Barut moden untuk si comel anda
Ikat tali pada barut dengan kemas
Disarankan menyapu Minyak Herba Ibu dan Anak terlebih dahulu.
Inilah 10 barangan yang anda bakal dapat dan boleh digunakan secara ringkas. Apapun, cara penggunaan barangan ini ada ditulis di belakang kotak Set Bersalin Vasia.
Set Bersalin Vasia adalah set bersalin mampu beli terbaik dan komprehensif
Set berpantang Vasia adalah set bersalin yang paling komprehensif dengan harganya yang murah yang anda boleh dapati di pasaran. Kalau memang dalam bajet anda, saya memang galakkan untuk anda mendapatkan satu set bersalin vasia ini.
Sebagai penambahan, kalau ikutkan pengalaman saya, antara masalah terbesar ibu mengandung adalah masalah ketika sembelit. Terutama yang mengalami ceaseran itu. Antara alternatif terbaik kepada masalah sembelit ketika bersalin memang ada di pasaran dan tiada pada set bersalin & berpantang Vasia ini. Memang siksa kalau alami sembelit masa bersalin ni. Untuk mengatasi masalah tersebut, salah satu produk yang saya rekemen adalah satu produk daripada jenama Nona Roguy iaitu Phytonatal. Review penuh berkenaan dengan Phytonatal ada di SINI.
Kalau anda memang mahukan set bersalin & berpantang daripada Vasia, boleh ditambah dengan Phytonatal untuk mendapatkan set yang lebih komprehensif dan berkesan.
The post Review Set Bersalin Vasia – Harga Mampu Beli appeared first on Sensistop Beauty.
from Sensistop Beauty http://bit.ly/2dUCunB
No comments:
Post a Comment