Monday, 22 August 2016

Berapa Bacaan Normal Gula dalam Darah

Berapa bacaan normal gula dalam darah? Bagi mereka yang mengambil berat bacaan dan kandungan gula dalam darah, memang penting untuk tahu bacaan normal gula dalam darah. Untuk mengetahui bacaan normal dalam darah ini, menjadi lebih penting lagi bagi pengidap penyakit kencing manis ataupun diabetes.

diabetes - kecing manis

Bila waktu yang sesuai untuk mengukur bacaan normal gula dalam darah?

Ada beberapa waktu yang sesuai untuk mengukur bacaan normal gula dalam darah. Biasanya terdapat 4 keadaan di mana seorang doktor ataupun anda sendiri boleh mengukur kadar kandungan gula dalam darah.

4 keadaan tersebut adalah;

  1. (FBS) Fasting Blood Sugar – Seseorang berpuasa selama 8 jam sebelum melakukan pemeriksaan kandungan gula dalam darah.
  2. (2HPP) 2-Hour Postprandial Blood Sugar – Tujuan ujian ini adalah untuk mengetahui keberkesanan pankreas menghasilakan insulin untuk meneutralkan kandungan gula dalam darah. Ianya dilakukan selepas 2 jam anda makan.
  3. (RBS) Random Blood Sugar – Ujian ini dilakukan secara rawak pada masa-masa tertentu. Jika bacaan terlalu tinggi, barulah pergi ke ujian seterusnya.
  4. (OGTT) Oral Glucose Tolarance Test – Ianya adalah ujian untuk ibu hamil. Ibu hamil yang menghadapi masalah diabetes ataupun kencing manis semasa mengandung adalah tidak baik untuk kandungan.

Berapa Bacaan Normal Gula Dalam Darah?

Bacaan untuk kandungan gula dalam darah boleh dikategorikan kepada 3 peringkat. Fasting blood sugar, 2 hour Postprandial Blood Sugar dan Random Bloog Sugar.

Kalau misalkata bacaan anda adalah;

Bacaan dari 3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL (Normal)

Anda dikategorikan sebagai normal.

Kalau bacaan anda

Bacaan dari 5.6-6.9mmol/L atau 100-125mg/dL (Berisiko menghidapi diabetes)

Dan satu lagi yang paling berisiko adalah,

Bacaan dari 7.0mmol/L atau 125mg/dL ke atas (Diabetes)

Mahu atau tidak, kalau bacaan anda 7.0mmol/L dan ke atas, memang perlu untuk ke klinik terdekat dan dapatkan nasihat doktor.

Monitor pergerakan dan bacaan normal darah anda setiap hari

Sama ada penghidap Diabetes ataupun yang mempunyai sejarah keturunan penghidap diabetes tu, memang digalakkan untuk anda mempunyai satu set alat pengukur tekanan darah ini. Lebih mudah untuk anda mengukur kandungan gula dalam darah anda pada setiap hari.

Kalau anda berminat untuk dapatkan satu alat pengukur kandungan gula dalam darah ini, saya rekemen untuk anda dapatkan satu di SINI. Ianya adalah alat pengukur yang saya rasakan sebagai alat yang mampu beli dan mampu dimiliki oleh semua. Harganya juga tidaklah terlalu mahal dan yang paling penting sekali adalah, testimoni produk ini sangat bagus. Jom kita lakukan yang terbaik untuk kesihatan kita, yang penting adalah mencegah lebih baik dari merawat.

Artikel berkaitan :

  1. Vivix sebagai alternatif merawat kencing manis.

The post Berapa Bacaan Normal Gula dalam Darah appeared first on Sensistop Beauty.



from Sensistop Beauty http://bit.ly/2bKf6Wy

No comments:

Post a Comment