Kali ini saya nak berikan review berkenaan dengan set berpantang mak bidan dherbs yang sememangnya popular dengan slogan terlajak laris tu. Kalau nak ikutkan, set berpantang Dherbs adalah antara set berpantang yang bagus dan telah berada lama di pasaran Malaysia. Banyak testimoni set berpantang ini yang ada di internet. Jadi, mahu atau tidak, set berpantang ini saya sangat-sangat rekemen kepada mereka yang mahukan set berpantang dengan harga yang berpatutan dan pada masa yang sama, mengekalkan kualiti set berpantang tersebut.
Di mana nak dapatkan set berpantang Dherbs atau set bersalin Mak Bidan ini?
Untuk anda yang cuba dapatkan set ini, saya yang mudah adalah anda pergi ke kedai jamu berhampiran. Disitu memang banyak pilihan set berpantang yang ada termasuklah dari jenama Dherbs ini. Tapi kadangkala, akibat ketiadaan stock, boleh jadi set ini tiada di kedai jamu berhampiran. Alternatif lain, saya cadangkan anda beli je set ini secara online di laman INI. Antara kebaikan beli secara online adalah stock memang sentiasa ada dan selepas membuat pembelian, barang yang anda beli akan terus sampai ke rumah. Cuma kena tunggu beberapa hari sebelum sampai.
Kalau anda memang mahukan set ini dan tidak perlukan dengan kadar segera, memang saya rekemen beli je secara online. Dari segi harga pun murah dan kadangkala lebih murah berbanding dengan di kedai-kedai jamu berhampiran.
Ada apa dalam set bersalin DHerbs?
Krim Panas Mak Bidan
Krim panas ini memang terbaik dan ramai yang puas hati dengan krim panas ini. Bila disapu memang rasa hangat dan boleh buat meronta-ronta. Habis semua angin-angin keluar. Sapu sikit sebelum pakai bengkung memang puas hati untuk digunakan. Ini antara item yang sangat berguna dan bagus untuk diambil. Rakan saya pernah beritahu, bila dia ada bengkak-bengkak kaki, bila mengurut pakai krim ni, habis angin semua keluar, memang terbaik krim panas ini. Memang terbaik untuk seisi keluarga.
Pati Herba Mak Bidan
Pati herba ini alternatik kepada pil-pil yang banyak di pasaran, kepada mereka yang ingin makan pil seperti produk Shaklee tu, tak ada di produk DHerbs. Senang dan mudah, tak pahit tapi ada rasa herba sikit. Antara khasiat pati herba ini adalah menambah tenaga dan memberi kesegaran selepas melalui proses bersalin , memulih dan menyihatkan rahim, menyembuhkan luka jahitan. Sangat-sangat digalakkan untuk korang memiliki produk ini. Memang terbaik sepanjang zaman.
Perawan Herbal Wash
Alang-alang set ni datang dengan herbal wash, jadi guna je sekali. Memang terbaik sebab sejuk je bila guna. Kalau yang bersalin ceaseran tu, boleh je terus guna, kalau bersalin normal tu, kena tunggu luka sembuh dulu, sebab takut terkena jahitan dan lain-lain perkara yang tak diingini. Benda ini memang perlu, sebab darah yang banyak keluar, jadi kebersihan di bahagian bawah tu pun perlu juga untuk dijaga.
Mandian Herba
Mandian ini datang sekali dengan pakej, cara guna rebus je dalam air panas sebab dia macam uncang teh. bila sudah rebus, boleh je mandi dengan air rebusan tu.
Minyak Telon
Ramai ibu-ibu yang gunakan minyak Yuyie untuk bayi. Minyak yuyie ni terlajak laris panas, tak caya cuba anda gunakan sendiri minyak tu, letak la banyak sikit, sapu kat perut. Panas tak? saya tak gunakan minyak yuyie untuk bayi, kalau nak guna pun, gunalah sikit je. Minyak telon lebih sesuai untuk digunakan oleh bayi yang baru lahir. Berita baik, Set Bersalin DHerbs ini datang dengan minyak telon. Jadi, guna je la sebaiknya.
Tungku Herba Mak Bidan
Tungku ini pun tidak kurang bagusnya, jujurnya ada yang berkata tungku ini tak panas sangat. Ada reviewer yang kata darah-darah kotor keluar selapas guna tungku ini. Saya tak pernah guna dan rakan saua yang saya rujuk untuk berikan review berkenaan dengan set bersalin DHerbs ini pun tak pernah guna. Jika anda beli satu set, guna je la ye, atau sesiapa yang pernah guna, boleh beritahu di ruangan komen bawah.
Pilis dan Param Mak Bidan
Pilis dan param macam bedak sejuk, rasa berangin dan wangi ketika digunakan. Memang best dan terbaik. Boleh guna lama sikit untuk kesegaran yang berpanjangan. Antara khasiat pilis dan param adalah membuang angin dalam badan, mencantikkan kulit dan memanaskan badan. Juga digunakan sebagai lulur untuk membersihkan kulit badan. Boleh digunakan di bahagian dahi sebagai pilis untuk mengelakkan pening kepala, menyejukkan mata dan kepala.
Review Jujur Set Berpantang Dherbs Mak Bidan Dherns
Sedikit review saya berkenaan dengan set ini, overall set ini boleh dikatakan set yang ekonomi dan berkualiti. Kalau misalkata bajet untuk set berpantang anda di bawah RM200, ya memang tidak salah set ini adalah yang terbaik. Ianya datang dengan bermacam produk yang bagus untuk ibu dan bayi dan paling bagus ianya memang mambantu menyembuhkan luka dengan pantas kalau diamalkan dengan cara yang betul.
Lagi satu adalah faktor jenama itu sendiri. Kalau nak ikutkan, jenama Dherbs ini memang sudah lama ada di Malaysia dan termasuk dalam jenama yang dipercayai. Jadi, pada saya, set ini memang berbaloi dan mampu dibeli oleh semua orang. Sekali lagi, kalau anda memang mencari set berpantang Dherbs Mak Bidan daripada Dherbs ini, saya rekemen anda beli DI SINI.
The post Review Set Berpantang Dherbs Mak bidan appeared first on Sensistop Beauty.
from Sensistop Beauty http://bit.ly/2aHjwMm
No comments:
Post a Comment