Sunday, 31 July 2016

Testimoni Pengalaman Guna Cloth Diapers Murah

Sampai masa untuk berikan sedikit pengalaman guna cloth diapers murah yang ada di pasaran. Tetapi, sebelum pergi lebih lanjut, apa itu cloth diapers dan kegunaan produk berbanding lampin pakai buang yang biasa tu?

Apa Itu Cloth Diapers?

Apa itu cloth diapers, lampin yang macam napkin tu kan? Jawapannya ya, tetapi diperbaharui dengan menggunakan teknologi moden dengan tujuan untuk memberikan penjimatan berganda dan menyelamatkan alam sekitar. Ianya telah diubahsuai dan ternyata memang memberi kemudahan kepada ibu-bapa yang menggunakan cloth diaprers ini berbanding lampin biasa dan pastinya lebih menjimatkan berbanding lampin pakai buang.

Kalau nak ikutkan, memang ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan cloth diapers ini. Jadi, artikel ini tidak lain untuk berikan pendedahan dan pengalaman saya dan rakan-rakan yang telah menggunakan cloth diapers murah ataupun yang mahal.

Kat Mana nak beli Cloth Diapers

Sebelum saya ceritakan tentang pengalaman saya gunakan cloth diapers ini, saya nak cerita dulu di mana saya beli cloth diapers ini. Sebenarnya produk ini ada banyak di kedai-kedai baby, tapi tak semua kedai baby ada. Kalau kedai baby yang kecik-kecik tu selalunya tak ada, kalau ada pun tak banyak pilihan yang ada. Jadi lebih mudah sebenarnya kalau anda beli di Lazada sahaja. Untuk memudahkan anda, saya dah shortlisted kan beberapa item dan boleh tengok di bawah untuk maklumat lanjut;

1 CG Cloth Diapers – B Dipe
2 CG Cloth Diapers – Aeroplane
3 CG Cloth Diapers – Stripe

Sebenarnya, ada banyak lagi pilihan cloth diapers yang ada di Lazada ini. Tips untuk beli cloth diapers dari Lazada, beli jangan terlalu murah, yang sedang-sedang pun dah ok. Saya beli daripada Lazada kerana ianya boleh dipercayai berbanding dengan penjual lain yang ada di internet. Memang terbaik.

Pengalaman Gunakan Cloth Diapers

Sedikit pengalaman gunakan cloth diapers ini. Isunya adalah, sanggupkah anda nak membasuh Cloth Diapers selepas di gunakan. Lebih mudah kalau basuh gunakan tangan. Senang nak sental, cuma yang mencabarnya bila basuh bila baby berak kat cloth diapers tu je yang mencabar sikit. Yang penting kena buang tahi dulu dan kemudian sental je pakai sabun baby macam biasa. Tak la susah sangat pun nak sental.

Kalau dari segi duration masa tu, setakat ini kalau pakai 4 ke 5 jam masih OK dan tiada masalah bocor. Lebih kurang macam pakai lampin pakai buang biasa je la nampaknya, cuma lagi menjimatkan. Tak perlu la nak beli setiap bulan. Buat masa ini, sebab dah makin malas nak membasuh cloth diapers ini, saya beli je laundry bag dari Lazada sini. Senang sebab boleh terus basuh dengan baju-baju yang lain. Keberkesanan masih belum cuba lagi, kalau dah cuba nanti saya akan berikan review di kemdian hari.

Apapun, saya masih lagi gunakan lampin pakai buang seperti biasa juga, cuma limitkan masa tidur sahaja. Masa lain guna la cloth diapers murah yang saya dapat di Lazada kan. Kan murah dan menjimatkan.

Sedikit info untuk anda berkenaan dengan cloth diapers ini. Boleh lihat video di bawah untuk maklumat lanjut.

Inilah pengalaman saya sendiri gunakan Cloth Diapers Murah

Inilah pengalaman saya sendiri gunakan cloth diapers yang saya beli di Lazada. Kalau anda memang nak berjimat, apa salahnya gunakan cloth diapers. Memang terbaik. Harap artikel pengalaman guna cloth diapers murah ini membantu anda membuat pilihan terbaik dalam memilih lampin yang anda gemari untuk  si manja.

The post Testimoni Pengalaman Guna Cloth Diapers Murah appeared first on Sensistop Beauty.



from Sensistop Beauty http://bit.ly/2a9VmNZ

No comments:

Post a Comment