Sunday, 24 July 2016

Tips Merawat Sakit Tapak Kaki Kiri dan Tumit

Mungkin anda selalu mengalami masalah sakit tapak kaki kiri tak kira sama ada sakit tapak kaki kiri bahagian tengah, sakit tapak kaki kiri bahagian depan ataupun sakit tumit kaki sebelah kiri. Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku dan kami di sini juga ingin menyarankan beberapa tips untuk mengurangkan masalah sakit tapak kaki tersebut.

reflecting area foot massage

Kenapa sakit tapak kaki kiri dan sakit tumit ini terjadi?

Ada beberapa sebab terjadinya sakit tapak kaki kiri ini. Salah satunya adalah urat pada tapak atau tumit kaki menjadi radang atau disebut sebagai “Plantar Fasciitis“. Sebab terjadi adalah penggunaan tapak kaki secara berlebihan dan menyebabkan terjadinya Plantar Fasciitis. Antara sebab-sebab terjadinya Plantar Fasciitis ini pula adalah;

  • Bekerja di tempat yang memerlukan anda berdiri dengan lama.
  • Senaman yang berlebihan.
  • Radang sendi (arthritis) yang berdekatan dengan Plantar Fascia.
  • Kencing manis senang merosakkan Plantar Fascia.
  • Memakai kasut yang tidak sesuai semasa senaman atau berjalan. Ia membuatkan berat badan tidak tersebar dengan sama rata di bahagian kaki.
  • Bentuk tapak kaki yang datar (flat foot), tapak kaki terlampau melengkung atau gaya berjalan yang tidak normal boleh membuatkan Plantar Fascia menjadi tegang.

Tips untuk mengelakkan sakit tapak kaki kiri Ini adalah sedikit tips bagi mengelakkan berlakunya sakit tapak kaki kiri dan tumit kiri.

  1. Hindarkan berjalan atau berdiri untuk satu tempoh yang terlalu lama.
  2. Rajin-rajin untuk buat rawatan refleksologi atau beli je mesin urut kaki bagi membantu anda mengurut keki terutama ketika letih berjalan. Ianya dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan sakit kaki di bahagian kiri. Untuk mesin mengurut kaki, saya dah shortlistkan 3 mesin yang berpatutan dan saya rekeman untuk anda dapatkan satu.
    1. Mesin Urut Kaki Ogawa
    2. Ogawa Theraly Foot Reflegxology
    3. Air Pressure Foot Massage
  3. Rehatkan kaki selama mungkin dan duduk jika ada peluang.
  4. Bersenam dengan berenang atau berbasikal untuk mengurangkan kesakitan pada kaki. Ini sedikit sebanyak mampu membantu anda bersenam dan menyihatkan badan.
  5. Meletakkan bungkusan ais di tempat yang sakit selama beberapa minit.
  6. Ambil Tindakan sekarang untuk elak daripada masalah yang sama berlarutan

Cuba untuk sebaik mungkin rehatkan kaki. Kalau nak buat senaman tu, cuba senaman seperti berenang atau mengayuh basikal dan elakkan senaman seperti jogging untuk mengelakkan masalah kaki anda bertambah teruk. Lakukan semua tips yang saya sarankan di atas dan yang paling pentig sekali, buat pemeriksaan dengan doktor kerana ditakuti, sakit tapak kaki kiri dan tumi yang anda alami adalah berpunca daripada penyakit kronik yang lain.

Mahu ataupun tidak, anda perlu untuk ambil tindakan hari ini juga dan jangan biar masalah yang sama semakin kronik. Jika kesemua tips yang saya berikan di atas menyebabkan masalah kaki anda semakin sakit dan kronik, adalah dinasihatkan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan susulan. Nasihat doktor adalah lebih baik untuk anda ikuti.

Apapun, mencegah itu lebih baik dari merawat. Anda memang perlu untuk mencegah sakit tapak kaki kiri agar tidak berlarutan. Ada banyak cara untuk merawat sakit kaki sebelah kiri dan urutan refleksologi yang kerap dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan sakit tapak kaki kiri. Juga sakit tumit kaki sebelah kiri dapat dikurangkan dengan rawatan refleksologi. Untuk mendapatkan rawatan refleksologi tersebut, mesin urut tapak kaki sudah sangat membantu bagi mengurangkan kesakitan tapak kaki sebelah kiri.

Artikel berkaitan:

  1. Tips beli kerusi urut murah
  2. Tips pilih mesin urut tapak kaki murah

The post Tips Merawat Sakit Tapak Kaki Kiri dan Tumit appeared first on Sensistop Beauty.



from Sensistop Beauty http://bit.ly/2a3VRKG

No comments:

Post a Comment