Sunday, 24 July 2016

Tips Pilih Mesin Urut Tapak Kaki Murah di Pasaran

Ramai yang mencari mesin urut tapak kaki terutama bagi mereka yang selalu menghadapi masalah lengoh-lengoh kaki. Urutan tapak kaki dan urutan refleksologi merupakan satu kaedah rawatan yang baik untuk kesihatan dan boleh digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit dan mempunyai manfaat tertentu. Ketidakselesaan kepada tulang kaki boleh menyebabkan kepada pelbagai jenis penyakit lain seperti lenguh-lenguh badan, sakit bahu, semebelit dan lain-lain lagi. Ianya juga memberi kesan kepada organ dalaman manusia.

Oleh itu, rawatan kaki ataupun rawatan urutan refleksologi sangat membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang baik kerana ianya disifatkan sebagai satu jenis terapi yang sangat berkesan dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di kaki. Ianya juga adalah satu jenis teknik yang baik kerana membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf untuk kembali bekerja pada kadar yang maksimum.

mesin urut kaki

Mesin urut tapak kaki – Alternatif kepada urutan refleksologi

Kalau anda selalu buat urutan refleksologi tu mesti tahu yang urutan tersebut memang memberi kelegaan. Tapi macam mana kalau urutan refleksologi itu anda boleh lakukan dari rumah sahaja tanpa perlu ke tempat urutan di hyper mall dan lain-lain tempat. Tentu memudahkan. Bayangkan yang anda dapat membuat kerja rumah, setelah penat, boleh terus buat urutan refleksologi dengan mesin urut yang sesuai. Atau, setelah penat bekerja, terus ke mesin urut kaki dan urut kaki anda yang penat itu. Kan semuanya memudahkan dan boleh dilakukan hanya dari rumah.

Kalau memang anda mencari mesin urut kaki murah, sebenarnya ada banyak jenama dan jenis mesin urut kaki yang ada di Malaysia. Kalau anda memang mencari mesin khusus untuk urut refleksi tapak kaki anda, saya sarankan anda tengok mesih ini.

  1. Mesin Urut Kaki Ogawa
  2. Ogawa Theraly Foot Reflegxology
  3. Air Pressure Foot Massage

Banyak pilihan lain yang bagus-bagus untuk anda pilih. Apapun pilih yang terbaik berdasarkan kepada bajet yang anda ada.

Di mana nak beli mesin urut tapak kaki murah?

Banyak tempat atau kedai-kedai yang menjual alatan seperti ini. Anda boleh pergi ke shopping mall untuk cari kedai yang menjual alatan seperti ini. Apapun, salah satu alternatif lain adalah anda beli dari Lazada. Lazada merupakan satu jenama kedai online yang semakin popular di Malaysia dan di Asia Tenggara. Banyak alatan yang anda boleh beli dari Lazada termasuklah mesin urut refleksologi dan juga secara tidak langsung anda boleh tahu harga semasa mesin ini di pasaran. Dengan melihat barangan yang anda cari di Lazada, anda boleh tahu harga mesin urut kaki ini di pasaran.

Jangan lupa gunakan kupon di Lazada. Jika anda pembeli kali pertama memang biasanya akan ada sahaja kupon dari Lazada yang anda boleh gunakan. Bagi saya memang satu pembelian yang berbaloi dan menjimatkan. Selain itu, anda juga boleh mendapat banyak pilihan barangan yang dijual seperti mesin urut kaki, kerusi urut dan lain-lain lagi. Semuanya anda boleh dapatkan di dalam satu tempat sahaja. “All in one place”

Tips memilih mesin urut tapak kaki

reflecting area foot massage

Kalau anda nak beli mesin urut tapak kaki murah, ada beberapa tips yang saya nak kongsikan. Anda boleh apply teknik ini dan dapatkan mesin urut yang mudah dan berbaloi.

Pertama sekali, lihat kepada bajet yang anda ada. Jika anda mempunyai bajet yang besar, memang boleh beli mesin urut yang mahal sikit. Tapi kalau memang bajet anda besar, saya lagi sarankan anda beli kerusi urut terus. Lagi berbaloi, bukan sahaja kerusi urut akan urut kaki, malahan boleh urut satu badan. Tetapi kalau bajet tak besar sangat, mesin urut kaki refleksologi ini pun sudah memadai. Ianya sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada anda kalau penat selepas berkerja tu.

Pilih daripada penjual yang dipercayai. Kalau beli online tu, beli daripada penjual yang boleh dipercayai. Sebagai contoh di Lazada ini, mereka pasti ingin menjaga reputasi mereka. Oleh itu, saya boleh kata yang penjual atau produk kerusi urut di Lazada memang boleh dipercayai.

Pilih Mesin Urut Kaki Yang terbaik dan boleh digunakan lama

Pilihlah mesin urut tapak kaki yang terbaik yang anda boleh gunakan untuk jangka masa yang lama. Apapun, harap artikel ini mampu memberi sedikit info kepada anda terutama bagi anda yang memang sedang mencari kerusi urut.

The post Tips Pilih Mesin Urut Tapak Kaki Murah di Pasaran appeared first on Sensistop Beauty.



from Sensistop Beauty http://bit.ly/2akHnUU

No comments:

Post a Comment