Kali ini saya nak berikan tips untuk buat urutan tapak kaki refleksologi. Saya tahu, ramai yang cuba untuk buat urutan tapak kaki refleksologi sendiri dan belajar macam mana nak melakukan urutan tersebut. Artikel kali ini khusus untuk berikan kepada anda alternatif untuk buat urutan tersebut tetapi anda boleh melakukannya dari rumah. Memang best kalau anda boleh lakukan sendiri urutan tersebut, tak perlu nak ke shopping mall atau ke tempat urut untuk buat urutan tersebut.
Buat Urutan Tapak Kaki Refleksologi Dari Rumah
Kalau memang anda berminat untuk membuat urutan tapak kaki refleksologi dari rumah, ada beberapa cara untuk membuat urutan tersebut secara konsisten. Salah satunya adalah, anda belajar sendiri cara-cara untuk buat urutan tersebut. Tentu ini bukan perkara yang mudah untuk dilakukan.
Salah satu cara lagi adalah dengan mengurut kaki anda dengan mensin mengurut kaki automatik. Dengan mesin ini, kaki anda dapat diurut dan ternyata ianya memberi kelegaan kepada kaki dan pada saya, mesin urut ini adalah alternatif terbaik kepada urutan kaki refleksologi di kedai-kedai urut. Lagipun, teknologi urutan kaki semakin lama semakin baik, mesin urut kaki juga tidak kalah dengan urutan refleksologi secara manual. Memang memberikan kelegaan untuk anda terutama jika anda lakukan secara kerap setiap hari.
Oleh itu, berikut adalah 3 senarai mesin urutan kaki refleksologi yang ada di pasaran yang saya dah shortlisted kan untuk memudahkan anda;
Sebenarnya, banyak lagi mesin lain yang ada di Lazada ini. Tetapi 3 mesin yang ada ini adalah antara mesin yang terbaik yang ada di pasaran.
Kebaikan dan kelebihan urutan refleksologi
Kali ini saya nak berikan sedikit kebaikan dan kelebihan melakukan urutan refleksologi. Memang tidak dinafikan, ada banyak kebaikan dan kelebihan melakukan urutan refleksologi.
Refleksologi merupakan rawatan bagi mencari titik refleksologi. Kaedah ini khusus untuk memberikan urutan pada tapak kaki kerana hanya pada bahagian tapak kaki mempunyai banyak titik refleksi. Rasa sakit semasa urutan pada bahagian tapak kaki merupakan petunjuk kepada masalah kesihatan yang ada di tubuh anda.
Rawatan refleksologi ini bertujuan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik kerana ianya sangat berkesan untuk mengubati lenguh-lenguh badan, sakit bahu dan lain-lain lagi. Selain itu juga, rawatan refleksologi ini adalah rawatan yang berguna bagi membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali bekerja pada tahap yang maksimum.
Jika anda kerap melakukan urutan ini, memang tidak dinafikan yang ianya akan memberikan kelegaan yang berterusan untuk jangka masa panjang. Apapun, jika rawatn ini menyebabkan kepada masalah lain, atau menyebabkan kepada masalah yang lebih kronik, adalah disarankan untuk anda mendapatkan nasihat doktor dan mengikut kaedah yang diberikan oleh doktor.
Perkembangan Teknologi Membantu Anda Membuat Urutan Refleksologi Dari Rumah
Mahu ataupun tidak yang perkembangan teknologi memang membantu anda membuat urutan refleksologi dari rumah. Sekarang sudah banyak mesin urutan kaki untuk tujuan refleksoloi yang ada di pasaran. Bukan itu sahaja, mesin urutan badan termasuk pinggang dan leher juga sudah ada di pasaran. Ya, anda boleh melakukan full body massage hanya dari rumah, memudahkan bukan!
Perkembangan teknologi ini sedikit sebanyak membantu dan memudahkan hidup anda. Apapun, sekali lagi, bagi mereka yang mencari info berkenaan dengan urutan tapak kaki refleksologi itu, harap artikel ini dapat memberi anda alternatif terbaik kepada urutan refleksologi yang anda cari.
The post Cara Buat Urutan Tapak Kaki Refleksologi appeared first on Sensistop Beauty.
from Sensistop Beauty http://bit.ly/2a6LfHO
No comments:
Post a Comment