Kali ini, saya nak berikan review berkenaan dengan jus delima untuk ibu mengandung yang sangat baik untuk diamalkan semasa mengandung. Bukan sahaja semasa mengandung sahaja, malahan, semasa dalam perancangan untuk mengambil anak sehinggalah kepada dalam tempoh berpantang, pengambilan jus delima yang baik dan konsisten sangatlah bagus dan ianya memang mempengaruhi kesihatan badan. Harap, anda boleh amalkan pengambilan jus delima yang konsisten sebelum mengandung, semasa mengandung dan selepas mengandung.
Khasiat dan kebaikan jus delima
Jus delima memang terkenal dan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan manusia. Ianya juga telah disebut di dalam alquran di;
“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99
Sebelum saya cerita lebih lanjut lagi mengenai khasiat buah delima ini, boleh tengok info daripada medik TV ini untuk khasiat buah delima di video bawah;
Khasiat jus delima untuk ibu mengandung
Entry pada kali ini adalah khusus untuk memberikan info berkenaan dengan khasiat jus delima untuk ibu yang mengandung, Mahu atau tidak, jus delima ini mampu membantu untuk membekalkan sumber-sumber makanan yang sihat kepada bayi yang berada di dalam kandungan. Bukan itu sahaja, ianya juga mempunyai beberapa fungsi untuk membantu ibu yang mengandungkan anak tersebut. Antara khasiat buah delima adalah;
1. meningkatkan kesuburan dan memelihara rahim
2. mengandungi vitamin A,C,dan E untuk baby dan ibu yang mengandungkan anak
3. mengurangkan morning sickness dan memberi lebihan tenaga untuk ibu mengandung
4. mengurangkan bengkak kaki atau “edema” ibu yang mengandung
5. mencantikkan kulit baby dan ibu
6. sumber besar folic acid (untuk pertumbuhan saraf baby)
7. pertumbuhan otak baby (a study published in Pediatric Research found that drinking promegranate juice during pregnancy help protect newborns’ brain during traumatic births)
Inilah sebenarnya khasiat jus delima yang ramai ibu-ibu di luar sana tidak tahu. Kalau anda terbaca info ini, tidak salah untuk sebarkan maklumat ini terutama kepada mereka yang sedang mengandungkan anak. Tidak salah untuk sebarkan kebaikan kepada mereka.
Di mana nak dapatkan Jus Delima ini?
Kalau anda memang nakkan jus delima ini, ada dua cara untuk anda dapatkan jus ini. Salah satu cara adalah anda dapatkan daripada kedai-kedai jamu berhampiran dengan rumah anda. Tapi ianya bergantung kepada stok yang ada. Satu lagi adalah, anda cuba dapatkan jus delima ini secara online daripada laman penjual jus Delima online INI.
Dapatkan secara online lebih mudah kerana ianya adalah ready stok dan anda boleh terus beli dan dihantar ke rumah terus. Saya cadangkan untuk anda dapatkan jus delima gulsan iaitu produk jus delima daripada Turki. Jus ini adalah 100% jus delima dan bagi saya memang berbaloi untuk anda amalkan dan insyaAllah halal. Dibawah ini saya screenshot testimoni produk ini di laman Lazada.
Jus Delima Gulsan terbaik dan sesuai untuk ibu mengandung
Mahu atau tidak, jus delima dari gulsan adalah terbaik dan memang sesuai untuk ibu yang mengandung. Harga produk ini juga adalah produk yang mampu beli, tidak mahal. Yang paling penting sekali adalah, pembelian anda di laman Lazada adalah terjamin. Untuk pembelian barangan secara online ini, saya lebih percaya untuk beli di Lazada berbanding dengan penjual lain di internet. Apapun, pilihan di tangan anda. Kami di sensistop sentiasa cuba untuk memberikan review terbaik berdasarkan kepada keadaan anda.
The post Review Jus Delima Untuk Ibu Mengandung Terbaik appeared first on Sensistop Beauty.
from Sensistop Beauty http://bit.ly/2aAOg6r
No comments:
Post a Comment