Saturday, 27 February 2016

Set Bersalin Anugerah

Hari ni saya nak berikan review berkenaan dengan set bersalin yang popular iaitu set anugerah, yang merupakan satu set bersalin yang sering disebut-sebut disamping set-set popular lain. Seperti biasa, saya bukanlah seorang agen ataupun stokis Set bersalin Anugerah, jadi pada artikel kali ini saya cuba sedaya upaya untuk memberikan review berkenaan dengan set bersalin anugerah ini seikhlas mungkin.

Pengalaman sendiri dan adik menggunakan set bersalin Anugerah

Set bersalin ini ada yang normal dan premium, setelah membaca banyak review, saya menggalakkan adik saya mengambil set yang normal sahaja untuk aspek luaran. Untuk aspek dalaman, saya menggalakkan adik saya untuk menggunakan set Shaklee dan satu lagi Phytonatal dari Nona Roguy yang terkenal untuk mengembalikan bentuk badan dan mengelakkan sembelit.

set bersalin anugerah

Set bersalin Anugerah ini terkenal dengan minyak seperti minyak telon, minyak sejuta anugerah yang merupakan minyak yang digunakan untuk mengurut. Saya akan review satu persatu produk dalam Set Anugerah Normal ini di bawah nanti.

Untuk mereka yang tidak suka berbau busuk ketika berpantang, set berpantang anugerah ini adalah set untuk anda.

Kandungan Set Berpantang & Bersalin Anugerah normal

1 Botol Minyak Telon

Menghangatkan tubuh dan melembutkan kulit bayi. Menghindarkan bayi daripada kesejukan yang boleh menyebabkan kembung perut. Minyak ni memang bagus, kerana kadangkala minya Yuyie tu terlalu panas, tak sesuai untuk bayi yang baru lahir. Minyak ni alternatif terbaik.

Minyak Pilis Anugerah

Minyak pilis ini dalam bentuk pilis bukan serbuk dan merupakan sesuatu yang sangat sesuai untuk mereka yang tak nak gunakan serbuk yang putih di dahi tu. Sangat-sangat digalakkan untuk anda gunakan. Lagi satu, bau minyak ini sangat lah wangi. rasa berangin dan menenangkan. Highly recomended untuk anda gunakan semasa berpantang.

1 Botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah

Minyak sejuta rahsia ini memang berbau wangi dan sesuai digunakan untuk mereka yang ingin mengurut. Selain itu, minyak ini dapat mengurangkan sendi-sendi dalam badan dan mengurangkan sakit dan bengkak. Dihasilkan daripada pelbagai ramuan terpilih seperti minyak avocado, serai dan lain-lain. Sangat digalakkan untuk anda memilikinya.

Mandian Sauna Anugerah

Minyak ni pun sesuai untuk digunakan ketika mandi, rasa fresh selepas guna dan ada bau ramuan-ramuan yang harum. Kegunaan mandian ini adalah mengurangkan sakit sendi dan bisa-bisa pada badan dan melancarkan pengaliran darah.

Pembersih Wanita Anugerah

Setelah guna pembersih ini sama seperti produk lain di pasaran, tujuannya sama untuk membersih faraj dari keputihan dan kebersihan bahagian bawah tu. Sebab set normal datang dengan pembersih ini, jadi guna sahajalah apa yang ada.

Minuman Bijian Anugerah

Rasa minuman ini agak manis tetapi khasiat dia adalah sebagai milk booster untuk memperbanyakkan susu. Kalau untuk milk booster, produk Shaklee ternyata lebih baik, produk ini sahaja sudah boleh memberikan kandungan susu yang banyak dan ramai yang review pasal produk ini. Boleh beli loose di SINI.

Losyen Sejuta Khasiat Anugerah

Losyen ni pun tak kurang wanginya, digalakkan untuk anda beli je losyen ni, Antara khasiat losyen ini, antara khasiat losyen ini adalah untuk membantu mendapatkan semula bentuk badan yang diidamkan dan menghilangkan garis-garis hitam (stretch mark) pada kulit. Tekstur losyen yang lembut, halus dan tidak melekit memudahkan penyerapan ke dalam kulit untuk mempercepat proses pemulihan. Memang terbaik.

Kat mana nak dapatkan set Anugerah ini?

Anda boleh dapatkan satu set Anugerah normal ini sudah mencukupi, boleh dapatkan secara loose, yang mana anda berkenan atau satu set lengkap di SINI.

Tambahan yang saya cadangkan

Saya tetap cadangkan anda ambil je Phytonatal daripada Nona Roguy di SINI. Terkenal kerana khasiat produk ini mampu mengembalikan bentuk badan dan mengelakkan sembelit. Alhamdulillah saya sendiri tidak mengalami sembelit selepas menggunakan produk ini. Memang digalakkan guna sebab produk Anugerah tiada set untuk mengelakkan sembelit. Saya sendiri telah mengalami penyiksaan ketika sembelit, dapatkan satu wajib untuk membantu anda, minta-minta dijauhkan daripada sembelit.

Milk Booster

Milk booster milik set Anugerah ini tidaklah sebaik atau sebagus Milk booster Shaklee. setakat ini tiada produk hasil daripada review dan pengalaman sendiri mampu menandingi Shaklee dari segi milk booster. Jadi beli je Milk booster Shaklee ini, ramai yang berpuas hati termasuk saya sendiri.

ESP – Untuk Tambah Susu

Alfafa – Herba yang memperbanyakkan susu ibu

Bengkung

Dalam banyak-banyak bengkung yang saya review, bengkung milik DHerbs Free size ni la yang terbaik untuk guna. Kenapa? Sebab memang tertarik dengan bengkung mak bidan yang boleh tarik tali dari bawah dada sampai pinggul. Agak mudah untuk digunakan sebenarnya dan apapun terpulang kepada pilihan masing-masing. Kat mana nak dapat bengkung mak bidan ni, boleh cuba dapatkan di kedai-kedai jamu berhampiran (kadang kala ada brand lain, tak semestinya ada) tetapi boleh je dapatkan kat SINI sebab saya memang beli kat sini.

Ni serba sedikit tips set bersalin Anugerah, memang terbaik, boleh cuba.

The post Set Bersalin Anugerah appeared first on Sensistop.



from Sensistop http://bit.ly/1pg2o6P

No comments:

Post a Comment