Set bersalin DHerbs merupakan satu lagi set bersalin yang menjadi pilihan ramai. Jadi, disebabkan oleh itu, kali ini saya akan berikan sedikit review sebagai panduan kepada mereka yang ingin memilih set bersalin DHerbs sebagai pilihan set bersalin atau berpantang mereka.
Sememangnya kita semua mahukan yang terbaik dengan bujet yang kita ada. Tidak semua mampu membeli set bersalin Shaklee yang agak mahal berbanding set bersalin DHerbs. Jika harga adalah perkara utama, DHerbs adalah antara pilihan yang bagus untuk anda.
**Saya bukan agen produk DHerbs, jadi saya akan cuba berikan review yang seikhlas mungkin berkenaan dengan produk ini. Kebaikan dan kelemahan produk.
Pengalaman kak Mus, rakan saya, walaupun dia beli satu set, tetapi ada beberapa je yang dia guna.. Satu lagi, set bersalin DHerbs ini agak murah untuk mereka yang dalam bujet. Harga set bersalin ini di bawah RM200 dan agak berbaloi untuk digunakan.
Ada apa dalam set bersalin DHerbs?
Krim Panas Mak Bidan
Krim panas ini memang terbaik dan ramai yang puas hati dengan krim panas ini. Bila disapu memang rasa hangat dan boleh buat meronta-ronta. Habis semua angin-angin keluar. Sapu sikit sebelum pakai bengkung memang puas hati untuk digunakan. Ini antara item yang sangat berguna dan bagus untuk diambil. Kak Mus pernah beritahu, bila dia ada bengkak-bengkak kaki, bila mengurut pakai krim ni, habis angin semua keluar, memang terbaik krim panas ini. Memang terbaik untuk seisi keluarga.
Pati Herba Mak Bidan
Pati herba ini alternatik kepada pil-pil yang banyak di pasaran, kepada mereka yang ingin makan pil seperti produk Shaklee tu, tak ada di produk DHerbs. Senang dan mudah, tak pahit tapi ada rasa herba sikit. Antara khasiat pati herba ini adalah menambah tenaga dan memberi kesegaran selepas melalui proses bersalin , memulih dan menyihatkan rahim, menyembuhkan luka jahitan. Sangat-sangat digalakkan untuk korang memiliki produk ini. Memang terbaik sepanjang zaman.
Perawan Herbal Wash
Alang-alang set ni datang dengan herbal wash, jadi guna je sekali. Memang terbaik sebab sejuk je bila guna. Kalau yang bersalin ceaseran tu, boleh je terus guna, kalau bersalin normal tu, kena tunggu luka sembuh dulu, sebab takut terkena jahitan dan lain-lain perkara yang tak diingini. Benda ini memang perlu, sebab darah yang banyak keluar, jadi kebersihan di bahagian bawah tu pun perlu juga untuk dijaga.
Mandian Herba
Mandian ini datang sekali dengan pakej, cara guna rebus je dalam air panas sebab dia macam uncang teh. bila sudah rebus, boleh je mandi dengan air rebusan tu.
Minyak Telon
Ramai ibu-ibu yang gunakan minyak Yuyie untuk bayi. Minyak yuyie ni terlajak panas, tak caya cuba anda gunakan sendiri minyak tu, letak la banyak sikit, sapu kat perut. Panas tak? saya tak gunakan minyak yuyie untuk bayi, kalau nak guna pun, gunalah sikit je. Minyak telon lebih sesuai untuk digunakan oleh bayi yang baru lahir. Berita baik, Set Bersalin DHerbs ini datang dengan minyak telon. Jadi, guna je la sebaiknya.
Tungku Herba Mak Bidan
Tungku ini pun tidak kurang bagusnya, jujurnya ada yang berkata tungku ini tak panas sangat. Ada reviewer yang kata darah-darah kotor keluar selapas guna tungku ini. Saya tak pernah guna dan Kak Mus yang saya rujuk untuk berikan review berkenaan dengan set bersalin DHerbs ini pun tak pernah guna. Jika anda beli satu set, guna je la ye, atau sesiapa yang pernah guna, boleh beritahu di ruangan komen bawah.
Pilis dan Param Mak Bidan
Pilis dan param macam bedak sejuk, rasa berangin dan wangi ketika digunakan. Memang best dan terbaik. Boleh guna lama sikit untuk kesegaran yang berpanjangan. Antara khasiat pilis dan param adalah membuang angin dalam badan, mencantikkan kulit dan memanaskan badan. Juga digunakan sebagai lulur untuk membersihkan kulit badan. Boleh digunakan di bahagian dahi sebagai pilis untuk mengelakkan pening kepala, menyejukkan mata dan kepala.
Begitulah review set Bersalin DHerbs Mak bidan, set ini memang bagus tapi saya nak tambah lagi beberapa item untuk memberikan pengalaman terbaik kepada anda yang mungkin mencari info set bersalin terbaik atau apapun. Juga terima kasih kepada sahabat saya Kak Mus kerana barikan info berkenaan dengan Set berpantang DHerbs ini. Apapun anda boleh dapatkan di SINI untuk melihat harga terkini set bersalin ini.
Set ini tidak didatangkan dengan ubat untuk mengelakkan sembelit. Saya sendiri pernah mengalami sembelit yang teruk ketika bersalin. Sangat tersiksa, dah la ceaseran, sembelit pulak tu. Tetapi lepas gunakan Phytonatal dari Nona Roguy, sembelit berkurangan dan ianya mampu menurunkan berat badan selepas bersalin. Phytonatal ini khasiat dia apa? 2 Fungsi iaitu;
Membersihkan rahim dengan membuang kotoran dari dalam.
Melawaskan najis dan membuang lemak berlebihan (lawas sembelit)
boleh dapatkan di SINI.
Set Bersalin DHerbs tidak datang dengan Milk Booster, sekarang ini, tiada yang mampu melawan formula milk booster dari Shaklee. Boleh dapatkan loose set dari Shaklee ini untuk membantu anda meningkatkan lagi hormon-hormon penghasilan susu.
ESP – Untuk Tambah Susu
Alfafa – Ekstrak semulajadi untuk tambah susu badan.
Begitulah serba sedikit review ikhlas saya berkenaan dengan produk dan set bersalin daripada DHerbs. Jom kita lakukan yang terbaik dengan bujet yang anda anda. Bagi saya kombinasi Set Bersalin DHerbs + Phytonatal dari Nona Roguy + Milk Booster dari Shaklee ini dah sangat-sangat ok.
The post Set Bersalin DHerbs (Mak Bidan) appeared first on Sensistop.
from Sensistop http://bit.ly/21rrJfh
No comments:
Post a Comment