Friday, 26 February 2016

Set Bersalin Shaklee

Ternyata semakin ramai orang berpantang menggunakan set bersalin Shaklee ini. Bagi nenek-nenek yang sudah terbiasa menggunakan pelbagai jamu semasa berpantang, pasti pelik dengan perkembangan terbaru ini. Kerana ramai yang sudah mula berpantang tidak menggunakan jamu atau ramuan traditional, tetapi dengan set Shaklee.

**Ini adalah review ikhlas saya selepas menggunakan produk Shaklee. Saya bukanlah agen produk Shaklee, jadi saya cuba review set bersalin dan berpantang Shaklee ini sebaik mungkin.

Terjadi kepada kakak saya sendiri kerana dia yang memperkenalkan set bersalin Shaklee ini kepada saya dan keluarga. Awal-awal tu pelik la juga sebab semasa dia berpantang, langsung tak gunakan jamu atau tak ada langsung bau jamu di rumah kakak saya. Korek dan korek barulah dapat tahu yang kakak saya berpantang tak gunakan jamu tapi gunakan set bersalin & berpantang Shaklee.

set bersalin & berpantang shaklee

Set ini merupakan ubat-ubatan yang kita kena makan seperti pil, serbuk dan lain-lain. Nanti saya akan cuba ceritakan setiap satu pil dan ubatan ini sebagai panduan.

Antara yang kakak saya beritahu mengikut pengalaman dia sendiri

  • Cepat bertenaga semula selepas berpantang.
  • Dapat berikan full breastfeed kepada anak sehingga umur 2 tahun, bukan kaka sahaja, ramai yang kata produk Shaklee ini buat susu bertambah banyak.
  • Bantu pulihkan lupa pembedahan dengan cepat.
  • Elakkan bayi dari mendapat jaundice atau sakit kuning.

Dan banyak lagi, dan mengikut pengalaman sendiri berpantang menggunakan Set Bersalin & Berpantang dari Shaklee ini memang memberikan tenaga selepas berpantang dan alhamdulillah dapat berikan full breastfeed kepada anak. Susu pun makin banyak, alhamdulillah serasi.

Ada juga para doktor yang telah memberikan review mereka berkenaan dengan produk Shaklee ini, kesemua kata memamng tak ada masalah dan puas hati, sesuai diamalkan oleh ibu-ibu yang dalam berpantang.

Soalan yang sering di tanya berkenaan dengan produk Shaklee

Mana nak dapat produk Shaklee ini?

Produk Shaklee ini tidak dijual di kedai-kedai biasa seperti kedai jamu atau pasaraya, tetapi boleh didapati atau dibeli melalui agen-agen berdaftar dengan Shaklee. Untuk saya, saya beli je di SINI, terdapat banyak pilihan dan penghantaran pun terjamin.

Selamat ke untuk digunakan?

Produk Shaklee memang selamat digunakan, anda juga boleh telan banyak pil sehari tanpa ada kesan sampingan. Tetapi tidak digalakkan untuk lakukan begitu kerana akan cepat habis, makan pil dan serbuk berdasarkan kepada yang disyorkan sahaja.

Shaklee ni daripada mana?

Shaklee ini adalah produk dari luar negara, bukan produk tempatan. Tetapi anda tidak perlu risau kerana ianya telah mendapat sijil halal daripada JAKIM dan selamat untuk digunakan.

Kelemahan Produk Shaklee

Ya, ni review ikhlas saya kerana saya bukan cuba untuk menjual produk Shaklee ini. Antara masalah selepas menggunakan produk Shaklee ini, saya tidak dapat membuang air besar dan mengalami masalah sembelit yang sangat teruk! Bayangkan baru lepas ceaseran kena sembelit, terpaksa beli ubat cucuk di Pharmarcy!

ubat cucuk

cucuk ubat ni masuk dalam punggung

Kebanyakan reviewer adalah agen produk Shaklee sendiri, jadi saya cuba berikan alternatif kepada anda sebagai seorang yang berpantang.

Memang siksa, sebagai alternatif, saya galakkan bagi mereka yang ingin memiliki produk atau berpantang menggunakan set Shaklee ini kerana kebaikan yang saya senaraikan di atas, dapatkan Phytonatal daripada Nona Roguy yang terbukti melawaskan sembelit. Saya alami sembelit berlarutan walaupun memakan produk Shaklee ini, dan sembelit berkurangan selepas mencuba Phytonatal daripada Nona Roguy. Beli je siap-siap di SINI. Cukuplah saya sahaja yang alami penyiksaan sembelit ketika berpantang.

Satu lagi yang saya nampak ketara, produk Shaklee ini adalah makanan bervitamin. Tidak disediakan bengkung. Walaupun ejen Shaklee yang lain kata

“produk Shaklee ni tak perlukan bengkung, ramping sendiri”

“Penurunan berat badan ketara dll”

Saya tetap sarankan anda beli je bengkung tu, tak la mahal mana pun. Beli je kat kedai jamu atau bagi yang malas keluar tu, order je kat LAZADA ni, banyak benda saya order online ketika berpantang. Maklumlah malas nak keluar, nak mintak suami beli takut salah pulak.

Produk Shaklee ni agak mahal sikit harganya berbanding lain, tetapi berbaloi terutama dalam aspek kesihatan dan ramai testimoni lain mengatakan yang susu mereka bertambah selepas menggunakan Shaklee. Ini saya setuju.

Inilah serba sedikit pengalaman saya jujur dan ikhlas dalam memberikan penerangan berkenaan dengan set bersalin Shaklee. Harap dapat membantu anda membuat penilaian yang baik berkenaan produk ini di pasaran.

Nasihat saya, jika produk Shaklee ni ada dalam bujet anda, beli je, cuma sebagai persediaan untuk sembelit, tambah dengan Phytonatal daripada Nona Roguy + Bengkung.

Itu sahaja, selamat berpantang dan melalui hari-hari yang ceria.

Sebagai alternatif, saya sarankan anda baca review berkenaan dengan produk Set bersalin daripada Nona Roguy.

The post Set Bersalin Shaklee appeared first on Sensistop.



from Sensistop http://bit.ly/1R8giyn

No comments:

Post a Comment