Thursday, 25 February 2016

Set Bersalin Nona Roguy

Set bersalin Nona Roguy merupakan antara set bersalin yang paling komprehensif dan terbaik di antara semua set bersalin yang ada.

Ini merupakan pengalaman sendiri selepas review beberapa artikel berkenaan dengan set bersalin yang banyak terdapat di pasaran. Tidak dinafikan, set bersalin Nona Roguy adalah antara set bersalin yang bagus dan komprehensif setakat ini.

set bersalin nona roguy

Apa yang bagus berkenaan dengan set bersalin Nona Roguy ini?

Ramai reviewer di internet mengalami penurunan berat badan yang ketara selepas menggunakan produk set bersalin daripada Nona Roguy ini. Apabila ramai sangat reviewer yang berkata begitu, memang tidak salah lagi, set ini mampu membantu menurunkan berat badan sampai nampak slim seperti selepas bersalin.

Lagi, ada satu tablet Phytonatal ini yang memang direka untuk atasi masalah buang air besar semasa berpantang. Ramai yang mengalami masalah buang air besar ini. Ada yang alami semasa mengandungkan anak ke dua ada yang ke tiga. Tetapi memang seksa bila anda baru sahaja ceaseran, kemudian mengalami masalah sembelit yang ketara. Jadi kalau nak pilih set bersalin tu, cari yang ada pakej untuk hilangkan sembelit. Atau nak pakej Phytonatal sahaja pun boleh, beli je kat SINI. Kalau tak, kena beli ubat lain di Pharmarcy berdekatan la jawabnya.

Paling best mengenai set daripada Nona Roguy ini, pengalaman saya sendiri semasa berpantang, saya akan basuh tempat luka bersalin dengan uncang cuci herbanika. Sepeket boleh digunakan banyak kali selagi ada herbanya dan anda juga boleh gunakan benda ini untuk buat mandi. Dari segi bau tak la wangi sangat, tapi memang membantu mempercepatkan luka untuk sembuh dengan cepat. Memang terbaik.

Lagi yang menarik berkenaan dengan pakej set bersalin ni adanya Herbaneka lulur. Apa kegunaan Herbaneka Lulur ini adalah bagi Rawatan di Rumah untuk Kelahiran Normal dan Caesar atau pembedahan. Sebelum mandi, ambil 1 – 2 sudu besar HERBANIKA LULUR digaul sederhana cair dengan air suam. Sapurata ke seluruh badan, lakukan ‘gosokkan’ atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur di bahagian payudara serta perut secara ‘kasar’ atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati. Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang berkulit ‘sensitif’ akibat penyusuan.

Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpikmentasi kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang ‘kembang’ atau ‘sembab angin’ dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan di samping mengelakkan kemasukan ‘angin sejuk’. Ia mengembalikan kemantapan kulit Ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin lendir, mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah Bengkak Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.

Satu lagi, berkenaan dengan akar herbanika, apa kegunaan akar herbanika ini? Ianya merupakan minuman antioksidan (awas rasanya x la sedap sangat) membantu menyegarkan urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu Ibu, mengurangkan air berlebihan dalam badan atau atasi Retensi Air, melawaskan sistem pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lelemak degil serta mengatasi keletihan dan sakit sendi serta sejuk-sejuk dan juga mengawal bau badan.

Kandungan Set Nona Roguy

Saya ringkaskan sedikit kandungan set Nona Roguy ini sebagai panduan anda.

Phytonatal tablet (90 biji atau 180 biji) – membantu membersihkan rahim dengan membuang lendiran dan darah kotoran dari badan. Juga bertindak melawaskan najis dan membuang lemak berlebihan (Turun Berat Badan)

Akar Herbanika – Menambahkan tenaga dan khasiat kepada para ibu. Kembalikan kesegaran kepada badan

Minyak Herbanika – Menguatkan otot perut dan kurangkan kesan regangan dan pecah-pecah di kulit.

Uncang Cuci Herbanika – Antiseptik penyembuh luka dan mengurangkan kesan sampingan.

Herbanika Lulur – Mengembalikan keserian wajah dan memutihkan kulit agar anda nampak jelita lepas kawen

Herbanika Barut – Kembalikan perut yang menggeleber selepas bersalin.

Kat mana nak beli Set Nona Roguy ini?

Saya beli kat SINI je (baca review dulu kat laman web tu), boleh pilih nak beli sama ada satu jet atau beli yang penting-penting sahaja. Kalaupun anda tak nak satu set Nona Roguy, anda prefer set lain, saya tetap cadangkan anda beli je Phytonatal kat SINI (tak la mahal sangat pun). Sebab bukan saya sahaja, ramai yang beli dan Alhamdulillah tak ada masalah sembelit lepas gunakan Phytonatal ni.

Jadi, inilah serba sedikit review ringkas saya berkenaan dengan produk set bersalin ini. Pilihlah set bersalin yang paling baik yang kena dengan bujet anda. Jika anda ada bujet untuk beli set Nona Roguy ini, beli je, memang terbaik.

**Semestinya Set bersalin Nona Roguy ini mendapat pengiktirafan daripada kementerian kesihatan Malaysia.

The post Set Bersalin Nona Roguy appeared first on Sensistop.



from Sensistop http://bit.ly/1Lgal5w

No comments:

Post a Comment