Thursday, 17 March 2016

2 Tips Beli Pampers Drypers Murah Dari Harga Pasaran

Ramai yang bertanya saya berkenaan dengan pampers drypers murah yang ada di pasaran. Jadi, pada kali ini, saya nak share tips untuk beli pampers drypers murah dengan harga yang berbaloi-baloi di pasaran.

Kenaikan harga barang memang memberikan impak kepada kewangan keluarga. Tidak dinafikan yang ianya akan terjadi seperti ini. Jika anda dapat melakukan penjimatan terutama untuk barangan anak dan pada masa yang sama mengekalkan kualiti barang, memanglah berbaloi.

Pampers ataupun drypers adalah keperluan, terutama untuk anak yang baru lahir sehingga ke 3 tahun paling kurang. Memang tiap-tiap bulan anda harus belanjakan beberapa ringgit hanya untuk pampers. Jadi saya terpanggil untuk share tips untuk beli pampers diapers pada harga diskaun setiap hari, setiap bulan sepanjang tahun.

Kenapa harga Pampers di Supermatket mahal?

Ye memang mahal, anda boleh pergi sendiri ke Supermarket besar seperti Tesco atau Giant, harga pampers di sana memang mahal. Harga yang saya selalu dapat adalah RM33.9 untuk Drypers L 64 pcs, tetapi di pasaraya besar harganya RM 40 dan ke atas. Kecuali kalau ada promosi yang diberikan, harga memang dapat murah.

Jadi kat mana nak dapat pampers harga murah?

Beli di Kedai Ubat Cina

Cara pertama yang saya gunakan untuk dapatkan pampers murah adalah dengan beli di kedai ubat China atau tabib China. Saya pun tak tahu kenapa harga pampers di sini murah. Yang best, harga susu pun murah. Saya pengguna susu Mamil, jika di pasaraya besar, harga mamil adalah RM108 untuk step 3, tetapi di kedai ubat China, harga susu Mamil adalah RM99. Jauh beza tu walaupun beberapa ringgit. Pampers pun murah di kedai ubat China. Harga biasa supermarket RM 40, tetapi di kedai ubat hanya RM 33.9. Semestinya kita mahukan barangan berkualiti pada harga yang murah bukan?

Beli Pampers Barang Baby Online di Lazada

Cara kedua ini baru saya dapat tahu, rupanya di Lazada jualan Pampers lagi murah terutama pampers brand Drypers. Ketika artikel ini ditulis, harga Diapers hanya RM94.9 untuk 3 paket L size 62 pcs. Lebih kurang 1 paket RM32, jimat RM 1 berbanding harga biasa. WOW. Di Lazada yang tambah menarik lagi, pampers dijual dengan kos penghantaran percuma atau Free Shipping. Boleh KLIK SINI untuk seller yang jual free shipping. Memang terbaiklah.

Drypers-L

Drypers Lazada Free Delivery

 

Di Lazada juga, banyak pilihan seperti susu pun kadangkala dijual murah, tengok promosi. Boleh tengok sini untuk susu murah. Apapun kena ambil kira kos penghantaran, kalau kos penghantaran buat harga lebih tinggi, baik lupakan sahaja. Beli je kat kedai biasa. Saya juga ada berikan review stroller murah dan baby walker murah untuk info lanjut.

Promosi di Lazada sentiasa ada

Kalau anda beli pertama kali, jangan lupa gunakan cupon code yang Lazada berikan. Boleh jimat sehingga RM10. Jadi kalau anda beli 3 paket pampers dengan harga RM89, gunakan kupon akan jadi RM79, memang la jimat.

Yang paling saya terkejut, antara jualan yang paling Laris di Lazada adalah pampers drypers murah ini! boleh lihat artikel INI untuk maklumat lanjut. Tak sangka rupanya.

Begitulah sedikit sebanyak tips untuk anda semua, harap artikel ini memberi manfaat kepada semua, kalau ada apa-apa boleh berikan komen di runagan bawah. Mana tau pembaca lain ada tips untuk penjimatan beli pampers murah.

The post 2 Tips Beli Pampers Drypers Murah Dari Harga Pasaran appeared first on Sensistop Beauty.



from Sensistop Beauty http://bit.ly/1XyWdWn

No comments:

Post a Comment