Tuesday, 1 March 2016

Set Bersalin Orang Kampung

Hari ni sampailah masa untuk saya nak review set bersalin Orang Kampung. Jujurnya tak banyak review berkenaan dengan set bersalin ini di internet, jadi kali ini, saya nak mengambil peluang untuk review set bersalin ini agar ramai yang dapat manfaat daripada info yang bakal saya berikan.

Sejujurnya saya tak gunakan semua set orang kampung, cuma beberapa loose item sahaja yang saya gunakan. Tetapi sebelum tu, suka saya nak ingatkan yang saya ni bukanlah agen atau promoter set bersalin orang kampung, jadi saya cuba sejujurnya untuk berikan review ikhlas, baik dan tak berapa nak baik berkenaan dengan set ni.

Jadi teruskanlah membaca hingga habis ye. :)

Kebanyakan set bersalin yang ada tidak disertakan dengan bengkung, tetapi set bersalin orang kampung di disertakan dengan bengkung. Agak kagum di situ. Memang tak salah set bersalin Orang Kampung ni walaupun tak sepopular Set Bersalin Anugerah atau Set Bersalin Nona Roguy, tetapi tak kalah dari segi harga. Set bersalin ni sesuai untuk mereka yang sedang dalam bujet ataupun inginkan set bersalin berkualiti dan lengkap dengan harga yang mampu milik.

SET BERSALIN ORANG KAMPUNG

Set ini tidaklah dipenuhi dengan jamu-jamu kerana ramai ibu-ibu moden seperti saya ni kalau boleh nak yang ringkas dan simple. Jamu yang ada dalam set ini cuma ubat periuk je (ni pun kira jamu ke?) Rasa korang semua pernah je kan makan ubat periuk. Ubat ni tersangat la pahit, tapi saya tak makan pun, rasa-rasa sikit gitu je, tu pun sebab mak yang paksa.

Jadi apa yang anda dapat dengan satu set Orang Kampung ni?

Seri lulur
Membersih, melembutkan dan memulihkan kulit yang elastik. Agar nampak cantik dan berseri.

Seri pilis
Untuk melegakan sakit kepala, mata kabur dan ketegangan otot mata

Seri susut
Disapukan pada perut ibu sebelum membengkung untuk mengempiskan perut

Kapsul kacip fatimah
Memperkuatkan tubuh bersalin, sangat sesuai untuk mereka yang bersalin normal atau ceaseran.

Minyak telon
Digunakan untuk mengelakkan perut kembung untuk bayi

Minyak gamat
Rawatan luka-luka dalaman dan pengecutan rahim. Sesuai juga untuk yang ceaseran tu, sebab banyak sangat luka. Minyak gamat ni memang bagus untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Minyak merah
Mengurangkan sakit sendi, sakit belakang dan mengurangkan rasa sejuk di bahagian2 badan. Paling suka bila guna untuk urut, habis keluar angin-angin di badan.

Ubat periuk
Merawat dan mengembalikan rahim dalam bentuk asal. membantu peredaran darahdan memulihkan sistem penghadaman

Jeli gamat
Rawatan luka-luka dalaman dan pengecutan rahim

Bengkung
Untuk mengempiskan perut. Kebanyakan set tidak datang sekali dengan bengkung, tetapi set bersalin orang kampung ni datang dengan bengkung untuk memudahkan dan ianya menjimatkan.

Dalam banyak-banyak set bersalin, tidak dinafikan yang set orang kampung ni memang lengkap dengan harga mampu milik. Tidak perlu jamu kecuali ubat periuk tu sahaja. Bagi saya tiada masalah. Minyak telon untuk bayi pun ada sebab saya tak galakkan guna minyak yuyie untuk baby, sebab terlalu panas. Anda boleh dapatkan set Orang Kampung ini di SINI.

Tetapi ada beberapa item yang saya rasakan kurang pada set ni dan wajib untuk anda ambil daripada produk lain. Apa tu?

Ubat sembelit dengan tujuan untuk melawaskan sembelit. Bagi saya wajib ada sebab sembelit semasa bersalin adalah perkara yang tidak diingini berlaku. Untuk itu, saya galakkan untuk anda ambil je Phytonatal dari Nona Roguy ni ha, memang ok dan mudah untuk digunakan.

Satu lagi milk booster,

Antara milk booster yang bagus adalah produk dari Shaklee, amibil je 3 produk ini untuk set menyusu Shaklee.

esp-shaklee

ESP
Membaiki tisu-tisu rosak semasa bersalin
Membantu rasa kenyang dan bertenaga

alfafal shaklee

Alfafa
Membantu penghasilan susu dengan herba semulajadi
Memberikan tenaga tambahan

oste-matrix

Ostematrix
Sumber kalsium terbaik untuk membantu anda menambah susu dalam badan

Begitulah serba sedikit review saya untuk Set Bersalin Orang Kampung. Kalau sesuai, ambil je terus, jangan pening-pening. Tambah je item yang saya cadangkan tu. Memang berbaloi. Saya cadangkan ibu-ibu dan bakal-bakal ibu ke baby forum ini untuk banyak info menarik.

The post Set Bersalin Orang Kampung appeared first on Sensistop.



from Sensistop http://bit.ly/1OKQKoW

No comments:

Post a Comment