Friday, 11 March 2016

Tips Beli Stroller Baby Murah

Kali ini saya nak berikan sedikit review berkenaan dengan stroller baby murah yang saya gunakan untuk anak pertama saya. Pemilihan stroller sebenarnya adalah sangat penting untuk anak-anak terutama yang sedang membesar dan belum tahu berjalan lagi.

Bila nak gunakan stroller ini

Ramai yang gunakan stroller ini ketika keluar bersiar-siar pada waktu petang bersama anak ataupun berjalan di shopping mall. Penat nak dukung, jadi stroller adalah salah satu pilihan terbaik, kalau anda larat dan dukung, tak ada stroller pun tak apa, tapi tak digalakkan. Kalau beli satu boleh gunakan untuk anak kedua atau jual semula, insyaAllah tak rugi dan banyak kegunaan.

Cuma stroller ini tak lah penting macam car seat baby tu, car seat baby boleh dikatakan item yang wajib ada sebab ianya melibatkan keselamatan baby di dalam kereta. Stroller pun penting, tapi kalau anda memang ada bajet untuk beli stroller satu, apa salahnya beli yang murah dan berkualiti.

Tips memilih stroller baby murah dan berkualiti

Sememangnya menjadi idaman ibu-ibu untuk memilih stroller yang murah dan berkualiti. Tetapi harus diingatkan yang murah biarlah realistik. Jika anda belum ada bajet khusus berkenaan dengan stroller atau tengah survey-survey, saya sarankan anda letakkan bajet untuk beli stroller antara RM200 – Rm350. Bagi saya itu sudah cukup bagus dan insyaAllah dengan harga tu, banyak stroller yang berkualiti yang anda boleh beli.

Mahal tak semestinya berkualiti, harga yang bagus dan kualiti terjamin merupakan perkara yang perlu dalam pemilihan stroller agak ianya tahan lama dan boleh digunakan untuk beberapa ganerasi anak-anak.
Jadi, jika anda inginkan stroller baby yang murah, pilih yang berjenama dan dengan harga yang murah.

Penting, ada 2 Jenis Design Stroller di pasaran

Design stroller pertama adalah seperti dalam gambar di bawah ni

stroller-murah1

Design macam ini agak murah sikit berbanding satu lagi. Baby tak dapat nak tidur golek-golek dalam stroller dengan design seperti ini. Apapun terpulang kepada bajet, kalau bajet anda untuk stroller tak ada banyak sangat, boleh beli di SINI. Bajet bawah RM200 untuk design seperti ini.

Design macam ini agak memudahkan

stroller-murah2

Agak mahal sikit tetapi baby boleh golek-golek di dalam stroller. Terpulang kepada masing-masing. Design seperti ini boleh dapat dalam RM300. Nak beli design ini boleh lihat SINI.

Kat mana nak beli stroller baby yang murah

Anda boleh beli stroller baby murah ini di kedai barangan baby berhampiran, tetapi, seringkali kedai barangan baby tidak banyak pilihan stroller. Jadi saya sarankan anda beli je online untuk barangan baby stroller ini kerana ada terlalu banyak pilihan stroller dengan jenama dan kualiti yang bagus.

Kalau beli di kedai atau butik barangan baby, pasti ada jurujual yang akan mendesak untuk anda beli, saya tidak suka, kalau beli barangan online, kita boleh pilih stroller atau item lain tanpa ada sesiapa yang memaksa. Kita pun boleh baca review daripada mommies lain berkenaan dengan barangan yang kita nak beli tu secara online. Memang terbaik lah!

Nampak baby boleh tidur dengan selesa kat dalam stroller jenis yang tu banding dengan yang satu lagi. Lagipun stroller ni jarang rosak, boleh gunakan banyak kali.

Begitulah sedikit sebanyak review saya berkenaan dengan pemilihan stroller. Jangan lupa masukkan stroller ini dalam checklist barangan yang anda perlu beli ye, juga bajet pembelian stroller.

Kalau ada pandangan atau lontaran idea boleh berikan di ruangan komen di bawah. Sekian

The post Tips Beli Stroller Baby Murah appeared first on Sensistop Beauty.



from Sensistop Beauty http://bit.ly/1TBhL6g

No comments:

Post a Comment