Friday, 11 March 2016

4 Checklist Barang Baby Wajib Ada

Berikut adalah antara perkara penting untuk senarai checklist barang baby yang boleh dibeli secara online atau di kedai baby. Segala item ini sangat penting terutama untuk menyambut kelahiran baby yang baru lahir. Dalam list ini saya cuma senaraikan item yang penting-penting sahaja sebagai panduan kepada anda untuk sediakan sendiri item yang anda mahukan untuk baby anda ye :)

Saya juga sarankan untuk anda membaca artikel persediaan sebelum bersalin INI untuk memudahkan anda mendapat info.

Apapun saya nak senaraikan item-item penting bagi mereka yang ingin dapatkan idea untuk checklist barangan bayi. Kebanyakan barangan ini anda boleh beli di butik-butik baby berhampiran ataupun boleh beli barang bayi online ke laman yang popular seperti Lazada.

Saya bahagikan kepada beberapa kategori untuk barangan bayi ini. Item-item yang saya senaraikan ini boleh dikatakan item yang wajib ada untuk barangan baby. Kalau tak ada bolehlah cepat-cepat beli di kedai berhampiran ye.

1) Senarai pakaian dan kelengkapan baby

  • Baju lengan panjang dan pendek
  • Sarung tangan dan kaki
  • Tuala
  • Lampin
  • Kain bedung
  • Blanket
  • Seluar panjang dan pendek
  • Pampers newborn, ada banyak di kedai-kedai berhampiran

2) Kelengkapan baby

  • Bedak
  • Minyak Telon (elakkan guna minyak yuyie, sebab panas sangat)
  • Wet tissue
  • Barang mandian

*Elakkan guna minyak Yuyie kerana terlalu panas dan galakkan guna minyak telon untuk lebih mudah. Boleh dapatkan minyak telon di sini.

3) Keperluan menyusukan baby

  • Botol susu : 3oz, 5oz* Ada banyak jenis, Tommie Tippie antara yang popular
  • Steamer / Warmer
  • Breastpump
  • Breastmilk storage (bag/bottle)
  • Berus cucian botol
  • Pencuci botol

Steamer atau warmer sangat memudahkan, kalau panaskan dengan air panas susu yang telah dibekukan, takut hilang zat, kalau gunakan warmer, boleh maintain panaskan susu dengan suhu 40’C, sangat-sangat digalakkan untuk memiliki.

Spectra M1 adalah antara brand yang bagus, harga dalam RM450 lebih kurang, tetapi memang sesuai untuk ibu-ibu mengandung yang nak pam susu. Elakkan gunakan manual, sakit tangan, sakit hati sebab sentiasa kena pam, beli je pam susu elektrik. Boleh lihat review saya berkenaan dengan Spectra M1 di SINI.
Breastmilk storage wajib ada, kalau susah nak pergi ke butik baby, beli ke kat Lazada ni.

4) Keperluan lain

3 Kategeri di atas adalah keperluan yang urgent terutama selepas melahirkan anak, seterusnya adalah item yang tidak terlalu urgent tetapi penting juga untuk keperluan baby baru lahir.

  • Baby cot / playpen
  • Stroller
  • Walker
  • Baby carrier
  • Car seat
  • High chair
  • Bakul / almari untuk barang bayi
  • Bantal

Inilah secara asasnya apa yang penting untuk keperluan bayi yang baru lahir. Anda boleh dapatkan semua item ini di kedai baby berhampiran atau boleh beli secara borong di LAZADA Sini. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi saya senaraikan checklist yang penting dahulu, kalau ada yang berminat dengan checklist barang baby ini boleh berikan email di ruangan komen, nanti saya emailkan senarai checklist tersebut.

The post 4 Checklist Barang Baby Wajib Ada appeared first on Sensistop Beauty.



from Sensistop Beauty http://bit.ly/1nDzOuE

No comments:

Post a Comment