Tuesday, 8 March 2016

Pam Susu Elektrik vs Manual

Hari ini saya nak berikan sedikit ulasan berkenaan dengan pam susu elektrik vs pam susu manual. Ramai yang tercari-cari apakah perbezaan antara pam susu elektrik vs pam susu manual dan yang mana satu menjadi pilihan, pada artikel kali ini saya cuba berikan sedikit tips berkenaan dengan pemilihan pam susu agar ianya dapat menjadi panduan di kemudian hari.

Pam susu manual, apakah kelebihannya?

Pam susu manual telah lama di pasaran dan menjadi pilihan ibu-ibu yang menyusukan anak-anak. Saya telah membaca banyak review berkenaan dengan ibu-ibu yang memilih untuk menggunakan pam susu manual. Kebanyakan ibu-ibu memilih pam susu manual adalah kerana itulah pembelian breast pump atau pam susu pertama mereka. Tanpa ada sebarang pemngalaman menyusukan anak sebelum ini dan pam susu ini adalah pam susu yang pertama mereka, jadi mereka terus beli pam manual.

Satu lagi sebab kenapa mereka memilih pam susu manual adalah kerana harga! Ya harga pam susu manual murah berbanding dengan elektrik. Disebabkan harga yang murah, ianya menjadi pilihan ibu-ibu yang menyusukan anak.

Antara pilihan pam susu manual adalah daripada jenama Avent, boleh dapat di SINI. Pam susu manual ini sangat digemari dan menjadi pilihan ibu-ibu di Malaysia.

Apapun, ramai yang bertukar daripada pam susu manual ke elektrik apabila sudah ada bajet yang diingini. Ramai ibu-ibu yang pada awalnya menggunakan pam susu manual bertukar ke pam susu elektrik kerana lebih mudah dan menjimatkan masa dan tenaga ketika mengepam susu.

p/s : penat nak guna tangan untuk pam susu manual ni sebenarnya.

Pam susu elektrik, apa kelebihannya?

Pam susu dengan kuasa elektrik juga telah lama berada di pasaran dan sekarang banyak pilihan yang ada. Daripada harga yang mampu tengok kepada harga yang mampu milik seperti jenama Rumble Tuff di SINI dan Snow Bear di SINI. Semuanya terpulang kepada pilihan masing-masing.

rumble tuff breast pump

Jika ada ibu-ibu yang mencari pam susu, saya sarankan terus menggunakan pam susu elektrik kerana lebih mudah dan harganya juga berpatutan, terutama jenama Snow Bear Malish Lifestyle. Boleh lihat Review Penuh Pam Susu Snow Bear SINI untuk maklumat lanjut.

pam susu snow bear

Jika anda ingin memudahkan, tak ingin menyusahkan, pam susu elektrik adalah pilihan. Menggunakan kuasa dan tenaga elektrik untuk mengepam susu bukanlah perkara yang susah dan banyak reviewer termasuk saya sendiri menggunakan pam susu dengan kuasa elektrik untuk keperluan dan ternyata memudahkan kerja-kerja seharian. Jika anda ada bajet terutama dalam sekitar RM300, anda boleh memiliki pam susu jenama Snow Bear ini atau jika ada bajet yang besar sikit, Rumble Tuff juga adalah antara pilihan yang agak kompetatif untuk ibu-ibu. Bagi saya, pilihan ditangan anda.

Boleh layan video di atas untuk info breastfeed yang patut anda tahu.

Jika anda ingin memudahkan, pam elektrik adalah pilihan terbaik. Sekarang sudah ada jenama mampu milik untuk pam susu elektrik untuk ibu yang breastfeed, jadi kenapa tidak mahu pam susu elektrik? Harap anda lakukan pilihan yang bijak dalam memilih pam susu ye, sebab pam susu saya yang pertama adalah pam susu manual, rugi beberapa ratus di situ, nak atau tak, saya tak mahu kesilapan saya diulang oleh mommies yang lain :)

The post Pam Susu Elektrik vs Manual appeared first on Sensistop Beauty.



from Sensistop Beauty http://bit.ly/1M4X7Ux

No comments:

Post a Comment