Kali ini saya nak berkongsi dengan pembaca lain berkenaan car sear baby murah. Car seat merupakan satu item yang penting kepada ibu-bapa yang bekerja yang sering menghantar anak ke pengasuh atau taska. Lagi penting jika kedua-dua ibu bapa berkerjaya dan car seat ini selain untuk keselamatan anak, keselesaan anak juga amatlah penting.
Saya sendiri mempunyai satu car seat yang saya gunakan untuk mengambil anak di rumah pengasuh dan taska. Sering bertukar tukar dengan husband untuk car seat, kadangkala saya sendiri guna, kadangkala husband guna bergantung kepada keadaan.
Ada ibu-bapa yang mempunyai 2 car seat
Memang tidak dinafikan yang ada ibu-bapa yang mempunyai dua car seat kerana masing-masing berkerjaya. Ibu bapa sekarang juga semakin terdidik dengan pentingnya mempunyai car seat untuk anak-anak mereka.
Tips pemilihan car seat baby murah
Untuk memilih car seat, tidak semestinya sesuatu car seat itu perlukan harga yang mahal. Tak semestinya yang mahal itu bagus tetapi bergantung kepada penggunaan. Kebanyakan car seat sudah ada standard size mereka sendiri, maksudnya car seat mempunyai saiz yang universal untuk anak-anak hingga ke 3 tahun.
Beli car seat yang mempunyai jenama tersendiri di pasaran, yang pada saya mempunyai harga yang tidak terlalu mahal atau tidak terlalu murah. Antara pilihan jenama saya ketika memilih car seat adalah jenama Sweet Cherry. Jenama ini memang agak terkenal di Malaysia malah di dunia. Car seat ini boleh diberikan kepada adik beradik yang mempunyai anak lain atau dijual semula ketika anak-anak sudah membesar nanti.
Bajet harga car seat
Untuk harga sebuah car seat, harga di bawah RM250 adalah normal. Tidak mustahil ada car seat yang mencecah hingga ke RM500, tetapi pada saya, harga RM250 adalah sangat munasabah. Pun ada car seat yang dibawah harga RM100, tetapi bukan jenis yang portable.
Penting, ada 2 Jenis Car Seat yang anda perlu tahu
Car Seat jenis pertama adalah seperti dalam gambar di bawah.
Car seat jenis ini adalah untuk newborn sahaja, bila baby sudah besar dah tak boleh guna. Kalau berminat dengan yang ini harga pun dalam RM99 boleh beli di SINI. Multifunctional sebab boleh guna sebagai carrier atau buai baby.
Jenis kedua seperti dalam gambar di bawah
Saya rekemen yang ini sebab boleh guna sehingga anak umur 3 tahun. Harga mahal sikit dalam RM180 tetapi tahan lama dan boleh gunakan banyak kali. Terbaik. Boleh beli di SINI.
Di mana nak dapatkan car seat baby murah
Jika anda duduk bukan di kawasan bandar besar, mungkin sukar untuk pergi ke butik-butik barangan bayi yang besar. Jika anda pergi ke butik-butik kecil, tidak banyak pilihan car seat yang ada untuk anda pilih. Saya juga mengalami kesukaran yang sama ketika memilih car seat dan mencari tempat untuk membeli car seat ini.
Kalau nak pergi ke kedai barangan bayi yang besar, agak jauh, memakan kos duit minyak dan perjalanan. Untuk memudahkan, saya beli je di Lazada SINI. Banyak pilihan kerana semua car seat pelbagai jenama ada dijual. Memang menguntungkan.
Nasihat saya, untuk memilih car seat tidak perlu terlalu detail, dapat harga yang OK, beli sahaja. Saiz antara setiap car seat adalah universal dan function pun lebih kurang sama sahaja.
Apapun pilihan di tangan anda.
Apapun pilihan saya tetap Car Seat Sweet Cherry sebab yakin dengan jenama dan murah. Apapun boleh lihat senarai checklist barangan baby penting di SINI.
The post Tips Beli Car Seat Baby Murah appeared first on Sensistop Beauty.
from Sensistop Beauty http://bit.ly/1QSmIBZ
No comments:
Post a Comment