Kali ini saya nak review berkenaan dengan breast pump Spectra M1 murah yang merupakan satu jenama pam susu yang mendapat tempat di kalangan ibu-ibu di Malaysia. Saya juga salah seorang yang menggunakan pam susu Spectra M1 ini.
Beli sekitar dalam harga RM420 dan pada saya sangat berpuas hati bila gunakan pam ini, tidak dinafikan yang pam susu Spectra ini adalah antara yang terbaik di pasaran untuk harganya.
Apa yang best dengan Pam Susu Spectra M1 ini?
Pam Susu Spectra M1 ini adalah antara pam yang mudah digunakan dan tidak banyak ragam. Saya beli pun sebab kakak saya rekeman dan memang terbaik berbanding dengan pam susu manual. Semuanya boleh dilakukan secara automatik.
Bunyi, serious tak kuat sangat dan tak menggangu baby tidur pun. Bagi saya itu sudah cukup baik bila bunyi pam susu tak ganggu baby tidur.
Nak basuh pun senang dan spare part pun banyak dan boleh di beli secara online di Lazada atau mana-mana kedai baby. InsyaAllah ada.
Suction pun agak kuat, memang best cuma pam ini tak mobile la macam Medela Freestyle tu yang dikatakan Pam Susu “on the go” tapi memang saya rekemen la pam susu Spectra ini kerana dari segi suction, rata-rata mengatakan pam susu spectra ini lebih baik daripada pam susu Medela Freestyle yang agak mahal sikit tu.
Boleh layan dulu video di bawah ini, review ikhlas dan jujut berkenaan dengan Spectra M1
Mana nak dapat Pam Susu Spectra Murah?
Nak dapat murah boleh cuba dapatkan di kedai baby berdekatan. Kedai baby kecik-kecik memang tak jual pam susu ini sebab tak ramai yang nak beli. Kena ke kedai baby yang besar-besar barulah ada. Tu pun kadangkala tak ada sebab stok habis la dan macam-macam lagi. Kalau beli online pulak takut kena tipu dan sebagainya, jadi alternatif saya beli je kat Lazada SINI. Kalau shopping kat Lazada ni meyakinkan sikit daripada beli dengan orang yang tak dikenali.
Sebab Lazada ni kan ada jenama diorang sendiri, mesti diorang nak jaga nama baik diorang. Jadi banyak barang lain saya beli di Lazada.
Kalau bajet pam susu anda dalam RM500, Spectra adalah yang terbaik, sebab memang berkualiti dan suction agak kuat, cuma tak mobile. Kalau bajet pam susu anda lebih sikit, boleh la beli Medela Freestyle, boleh susukan anak sambil buat kerja rumah, cuma, mahal sikit la. Apapun saya ucapkan selamat memilih pam susu yang terbaik kepada ibu-ibu sekalian.
Jadi memang tidak salah lagi, pam susu spectra M1 murah dan kena dengan harganya, yang paling penting adalah kualiti dan kuantiti susu yang dapat diperah. Tak gitu?
Jangan lupa juga beli peralatan lain seperti botol warmer, storage bottle dan ice pack ye.
The post Review Spectra M1 Murah appeared first on Sensistop Beauty.
from Sensistop Beauty http://bit.ly/1pih1GQ
No comments:
Post a Comment