Kali ini saya nak berikan sedikit review berkenaan dengan lampin pakai buang murah yang terdapat di pasaran. Disebabkan kenaikan harga barang yang semakin tinggi buat masa ini, penjimatan adalah sesuatu yang mesti kita lakukan. Apa salahnya kalau berjimat sambil mengekalkan kualiti barang yang kita beli.
Jadi kali ini saya nak berikan 3 tips bagaimana nak beli lampin pakai buang murah yang ada di pasaran Malaysia.
Mitos 1, pampers di supermarket murah
Ya kadangkala murah, kadangkala boleh mencecah sehingga RM40 untuk pampers Drypers Saiz L 64 pcs. Sedangkan harga pampers Drypers yang saya beli hanyalah RM33.9 biasanya. Macam mana nak dapat harga murah macam tu?
Tunggu promosi di Supermarket
Kadangkala apabila supermarket melakukan promosi mereka, barangan baby memang menjadi murah. Pampers murah, susu pun murah. Tapi kita pun tak tahu bila promosi ini akan berlaku. Kalau ikut strategi TESCO, promosi akan dilakukan pertengahan bulan sehingga sebelum kerajaan masuk gaji. Pada waktu ini biasanya ada banyak promosi yang TESCO lakukan. Tetapi bila waktu dapat gaji, harga dan promosi kadangkala sudah tiada. Jadi susah nak tunggu promosi untuk dapat lampin pakai buang murah.
Beli di Kedai Ubat Cina
Kedai ubat cina adalah salah satu tempat yang saya beli untuk dapatkan barangan baby seperti pampers, susu dan lain-lain. Kat sini memang murah. Contoh Harga Drypers di Supermarket pada RM40, di kedai ubat Cina, harga hanya RM33.9, jimatlah beberapa ringgit kan. Susu pun jimat di sini, harga susu Mamil step 3 di supermarket RM108, di kedai ubat Cina hanya RM99. Kan jimat tuh. Jadi memang kedai ubat CIna jadi pilihan saya sebab nak jimat punya pasal.
Beli kat Lazada
Ni lagi jimat banding dengan Kedai Ubat CIna. Harga Drypers di sini RM89 untuk 3 paket 64 pcs. Bererti secara purata harga Pampers di sini RM30, jimat RM3 berbanding dengan harga di kedai ubat Cina.
Sekejap, saya tahu anda nak tanya apa? Shipping kan? Kalau dengan Seller INI dia bagi shipping percuma. Ya PERCUMA. Memang terbaik. Jadi saya memang beli je Drypers kat Lazada ni, murah dan menjimatkan.
Item lain seperti susu, tengok shipping
Baby Walker juga saya beli di Lazada, boleh tengok artikel Baby Walker Murah INI berkenaan dengan tips saya beli Baby Walker di Lazada. Kalau mommies lain nak beli barangan baby, saya sarankan tengok-tengok la kat Lazada tu ye, banyak yang murah-murah.
Setakat ini sahaja artikel saya, kalau ada nak komen boleh berikan di ruangan bawah. Terbaik.
The post 3 Tips Beli Lampin Pakai Buang Murah appeared first on Sensistop Beauty.
from Sensistop Beauty http://bit.ly/257ws59
No comments:
Post a Comment